Lelaki 84 tahun belanja RM10,000 bina tandas awam mewah percuma

Lelaki 84 tahun belanja RM10,000 bina tandas awam mewah percuma

Ahmad menggunakan wang faedah dari sebuah bank yang dianggap ‘duit haram’ dan hanya boleh digunakan untuk tujuan tertentu.

Tandas awas bertema warna kuning keemasan itu terletak di Melor, Kota Bharu Kelantan. (Gambar Kelantan Updates)

Gara-gara terganggu dengan tandas awam yang sering kotor, seorang lelaki berusia 84 tahun nekad membelanjakan RM10,000 untuk membina tandas yang mewah lagi selesa.

Menampilkan tema kuning keemasan, tandas tersebut dilengkapi penghawa dingin, pemanas air, almari solek, televisyen dan dispenser air panas buat mereka yang gemarkan kopi.

Pendek kata, kemudahan di sini tidak mungkin ditemui di mana-mana tandas awam biasa lain di Malaysia.

Lebih mesra dengan panggilan Ahmad, lelaki tersebut membina tandas awam bersebelahan dengan stesen minyak miliknya bagi membolehkan orang ramai menggunakannya secara percuma.

Ketika ditemui portal berita tempatan Kelantan Updates, idea untuk menambahbaik tandas awam tersebut timbul selepas menerima wang faedah daripada sebuah bank yang dianggap sebagai duit haram.

“Duit ini hanya boleh digunakan untuk tujuan tertentu saja seperti membina masjid dan tandas.

“Jadi saya membelanjakan kira-kira RM10,000 untuk melengkapi tandas itu dengan 35 jenis barangan,” katanya.

Tambah Ahmad, dia tidak kisah apa orang kata, selagi niatnya untuk memberi kemudahan kepada orang ramai tercapai.

Lebih menarik lagi, orang ramai yang menggunakan tandas tersebut berpeluang mendapat potongan harga untuk barangan yang dibeli di kedai berhampiran stesen minyak milik Ahmad.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.