YouTuber bayar rider RM5,000 lepas kantoi ‘prank’ di kubur

YouTuber bayar rider RM5,000 lepas kantoi ‘prank’ di kubur

Pelanggan turut mengugut memberi ulasan buruk jika pesanan mereka tidak dipenuhi.

Selebriti internet sanggup melakukan apa saja demi kandungan termasuk mengatur ‘prank’. (Gambar Facebook)

Selebriti internet sanggup melakukan apa saja demi kandungan termasuk mengatur usikan atau lebih dikenali sebagai ‘prank’ terutamanya dalam kalangan YouTuber di Malaysia.

Pada awal bulan ini, Mizan Majid memuat naik ‘Prank Gertak Tampar Orang’. Seminggu yang lalu pula, YouTuber Ammar Nazhan memuat naik video “tangkap basah” versinya yang tersendiri.

‘Prank’ mungkin bertujuan untuk membuat orang ketawa, namun ada garis jelas antara bahan yang melucukan dan sebaliknya.

Baru-baru ini, seorang YouTuber mencetus kontroversi selepas melakukan prank terhadap seorang rider dari syarikat penghantaran EASI.

Penghantar makanan tersebut berkongsi rasa kecewanya di media sosial selepas menyedari dia terkena prank. Menurut tangkap layar yang dimuat naik rider tersebut, dia menerima pesanan pada 22 Oktober sekitar jam 3.50 petang.

Dia sepatutnya menghantar makanan kepada seseorang bernama Guo di satu lokasi dekat Semenyih.

Sebaik tiba di lokasi, baru disedari bahawa dia sedang menghantar makanan ke kawasan perkuburan Nirvana Memorial Park.

“Ini sangat tak kelakar ya,” kata rider itu dalam nada bengang kepada pelanggan.

“Saya minta maaf bro. Awak kisah tak kalau muncul di YouTube? Ia adalah prank,” jawab pelanggan itu selamba.

Jawapan pelanggan yang tak ubah seperti menyimbah minyak ke api yang sedang marak itu cukup mengecewakan rider terbabit.

Difahamkan YouTuber tersebut cuba menenangkan keadaan dengan memberi RM5,000 kepada rider tersebut. Walaupun ramai yang menyebelahi rider itu, ada juga yang mempersoalkan mengapa dia menerima wang tersebut.

Memandangkan insiden itu mula tular, syarikat EASI terpaksa masuk campur dan menyiasat. Apa yang menghairankan, syarikat itu mendakwa ia bukanlah urusniaga biasa seperti yang didakwa penunggang itu.

Menurut jurucakap, pesanan yang dibuat oleh pelanggan itu juga belum didaftarkan oleh sistem. Jadi ia adalah transaksi langsung antara rider dengan YouTuber tersebut.

Polisi syarikat melarang pesanan persendirian, tetapi nampaknya rider itu telah diancam oleh pelanggan.

“(Pelanggan) berkata mereka akan memberikan ulasan buruk kepadanya jika dia tidak menghantar makanan kepada (mereka) selain berjanji untuk membayar RM50,” kata jurucakap itu.

Sejak itu, akaun YouTuber di platform penghantaran makanan itu telah digantung. Syarikat juga telah menjelaskan bahawa mereka berpihak kepada penunggang terbabit. Mereka berharap dapat melakukan segala yang mungkin untuk melindungi haknya.

Agak mahal harga yang perlu dibayar untuk prank kali ini, namun adakah ia berbaloi. Tidak kira sama ada usikan itu kelakar atau tidak, diharapkan selebriti internet mengambil kira akibatnya.

Lagipun, lawak itu hanya akan jadi kelakar bila semua orang ketawa.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.