
Sambutan Halloween hanya beberapa hari saja lagi. Sementara menantikan sambutan penuh keseronokan itu, pelbagai idea dijana menerusi platform media sosial semata-mata untuk tampil berbeza.
Namun, video yang mula tular kali ini ternyata berada pada tahap keseraman yang berbeza.
Pendek kata, ada dua kemungkinan yang mungkin berlaku, sama ada anda ternganga kekaguman atau mungkin anda akan lari bertempiaran.
Video yang dikongsi ini adalah sebahagian daripada siri #13DaysOfHalloween di Reddit.
Menerusi siri ini, platform sosial media tersebut mengetengahkan pelbagai video dan gambar menarik berkaitan Halloween.
Satu daripadanya adalah video seorang kanak-kanak perempuan yang memakai kostum gaun kanak-kanak yang tidak berkepala.
Apa yang lebih mengerikan, kostum itu seolah sedang memegang kepala kanak-kanak yang dipenggal.
Sejak dikongsi semalam, video tersebut mengundang hampir 200,000 tontonan dan turut dibanjiri pelbagai komen warganet.
“Saya betul-betul takut. Bayangkan kalau waktu malam, memang saya lari bertempiaran!” tulis seorang pengguna Instagram sebaik melihat video yang tular itu.
“Wah, ini sudah bagus,” kata seorang lagi.
“Jujurnya, ia sangat menyeramkan,” kongsi seorang lagi pembaca.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]