Aksi ibu gajah tolong anak tersangkut, marah buaian tayar undang tular

Aksi ibu gajah tolong anak tersangkut, marah buaian tayar undang tular

Video yang dimuat naik di Twitter itu menunjukkan seekor anak gajah tersangkut di buaian yang diperbuat daripada tayar.

Ibu gajah itu dilihat bergegas untuk menyelamatkan anaknya dari buaian tayar tersebut.

Kasihnya ibu membawa ke syurga, kasihnya ayah berkorban nyawa. Demikian bait lirik yang menggambarkan betapa besarnya kasih insan bergelar ibu tidak kira manusia mahupun haiwan.

Dalam perkongsian video kali ini, aksi seekor gajah dan anaknya membuktikan betapa besarnya kasih sayang itu.

Klip yang dimuat naik di Twitter itu menunjukkan kaki seekor anak gajah telah tersangkut di buaian yang diperbuat daripada tayar dan gagal untuk keluar dari situ.

Video itu dikatakan cukup comel berikutan reaksi ibu gajah yang seolah memarahi buaian tersebut dan cuba mencampaknya sebaik anaknya berjaya dibebaskan.

Rakaman bermula dengan gelagat seekor anak gajah yang sedang bermain di sebuah kawasan terbuka.

Tiba-tiba kaki belakang anak gajah itu tersangkut di buaian. Ketika bergelut, ibu gajah dilihat bergegas ke arah anaknya. Selepas beberapa usaha, akhirnya anaknya berjaya dibebaskan dari buaian tersebut.

Sejak dimuat naik di Twitter, video tersebut berjaya meraih tontonan lebih 23,500 kali.

Malah ruang komen juga meriah dengan pelbagai maklum balas dari warganet yang cukup terhibur dengan perkongsian tersebut.

Kebanyakan warganet bersetuju, tingkah laku ibu gajah itu tidak banyak berbeza dengan manusia.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.