Pelancong terkejut, singa betina guna tandas awam lelaki

Pelancong terkejut, singa betina guna tandas awam lelaki

Ketika kenderaan dinaiki pelancong itu menghampiri tandas awam, tiba-tiba seekor singa betina dilihat keluar dari tandas lelaki.

Seekor singa betina tiba-tiba keluar dari sebuah tanda awam dikongsi ciapan @WildLense_India sehingga tular bagai pisang goreng panas. (Gambar Twitter)

Melihat pelbagai spesies haiwan dan burung ketika menyertai lawatan di hutan safari memang biasa. Tetapi menyaksikan sendiri sang Raja Rimba menggunakan tanda awam di hutan safari, itu sesuatu yang jarang dapat kita lihat setiap hari.

Sekadar menyahut panggilan alam. Mungkin itulah niat sebenar seekor singa betina yang tiba-tiba terpacul keluar dari sebuah tanda awam seperti yang dikongsi ciapan @WildLense_India sehingga tular bagai pisang goreng panas.

Video pendek berdurasi satu minit itu dirakam dari sebuah kenderaan pelancong yang sedang bergerak.

Semakin kereta itu menghampiri dan mendekati pintu tandas awam tersebut, seekor singa betina tiba-tiba menolak daun pintu dan keluar dari tandas lelaki.

Kedengaran juga suara beberapa pelancong yang bukan saja terkejut tetapi tergelak melihat fenomena luar biasa di hadapan mereka.

“Tandas bukanlah tempat yang sentiasa selamat untuk manusia, kadangkala ia turut digunakan hidupan lain juga,” jelas keterangan video tersebut.

Sehingga artikel ini disiarkan, perkongsian tersebut telah ditonton hampir 19,000 kali serta mendapat ribuan komen dari warganet.

Ramai yang kagum dengan kemunculan haiwan liar itu di tandas awam, namun tidak kurang juga yang kecut perut dan lebih rela untuk tidak mendekati sebarang tandas awam ketika menyertai lawatan safari.

“Ia keluar dari tandas lelaki,” kata @naveenagra71.

“Phew, sudah lama menahan,” usik @damlegacy24

“Biar betul,” komen @nisharai_ggc terkejut.

“Panggilan alam,” kongsi @PankajT04765688 melawak.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.