
Menghadiri sidang video di rumah sudah menjadi sebahagian daripada norma baharu hidup dalam gelombang wabak Covid-19.
Pelbagai gelagat, aksi dan gaya pernah dirakam termasuk rasa ingin tahu haiwan kesayangan yang mahu turut serta dalam persidangan tersebut.
Namun lain pula ceritanya dengan seorang Mat Salleh yang mula tular videonya di media sosial baru-baru ini.
Perkongsian oleh pemilik akaun TikTok @kevinolearytv itu menunjukkan dirinya yang sedang menghadiri mesyuarat secara sidang video di kediamannya.
Menerusi perkongsian itu, dia dilihat mengenakan suit yang cukup segak, lengkap dengan tali leher dan sarung tangan di kocek.
Namun apa yang agak lucu dan mengejutkan ialah Mat Salleh ini memadamkannya dengan kain batik berwarna biru.
Memakai sut dengan seluar tidur, seluar pendek waima seluar dalam sekali pun memang biasa kita dengar, tetapi mengenakan sut dengan kain batik, itu memang berada dalam kelasnya yang tersendiri.
Memandangkan batik cukup dekat di hati kita, maka tidak hairanlah video ini tular bak pisang goreng panas dalam kalangan warganet sekitar Asia Tenggara.
Bukan itu saja, malah pemilik video tersebut kelihatan cukup selesa mengenakannya.
Untuk pengetahuan semua, Kevin O’Leary bukan kaleng-kaleng orangnya. Beliau adalah seorang ahli perniagaan dan pakar perunding tersohor yang pernah membintangi rancangan berkonsep realiti, TV Shark Tank.
Ruang sembang bertukar gamat dengan warganet berbalas komen lucu mendakwa batik tersebut datang dari Malaysia selain ada yang bertegas ia dari negara jiran Indonesia.
Beberapa pembaca turut melawak mengatakan kain batik mak dan nenek mereka tiba-tiba hilang. Malah, ada berseloroh meminta ia dipulangkan segera.
”Kain batik mak aku ni, hahahaha,” komen Massidah Hazlan.
“Boss..you ambil my mother’s kain batik,” seloroh Fahroe.
“Mak saya call, encik. Dia minta kain dia balik,” usik Imran Ajmain.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]