
Ada beberapa sebab mengapa video gig oleh dua pemuzik jalanan ini pantas tular di media sosial.
Pertama, mereka berdua adalah pemain saksofon dan gitar yang sangat profesional, kedua vokalis yang turut bermain gitar mempunyai vokal yang cukup mantap, ketiga mereka berdua mempunyai daya keseimbangan badan yang sangat stabil dan keempat mereka membuat persembahan di dalam gerabak kereta api penumpang yang sedang bergerak.
Bayangkan betapa tingginya skil pemuzik jalanan ini.
Walau mencabar fizikal dan mental, mereka masih mampu mendendangkan lagu yang cukup indah sehingga penumpang sendiri turut sama menghayatinya.
Menerusi perkongsian di Instagram @subwaycreatures itu, tirai video dibuka dengan tiupan mendayu saksofon secara solo.
Tidak lama kemudian, rakannya yang pemain gitar menyertainya dan mula menyanyi sambil pemain saksofon itu memegang pembesar suara.
Difahamkan pemuzik yang dipaparkan dalam video ini adalah Kafele dan Bartolomeo.
Perkongsian yang dimuat naik lebih 14 jam lalu itu pantas tular di media sosial dan kini telah ditonton hampir 90,000 kali. Malah angkanya dikhabarkan semakin meningkat.
“Mereka cukup mengagumkan,” tulis seorang pengguna di Instagram.
“Menawan,” komen ringkas seorang lagi warganet.
“Indah sungguh persembahan mereka,” kongsi seorang lagi pengikut.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]