
Kejutan bersempena sambutan ulang tahun kelahiran semakin trending masa kini terutama dalam bentuk gubahan bunga duit mahupun yang diikat berangkai.
Lain ceritanya dengan sebuah keluarga yang seronok menyambut hari istimewa kelahiran datuk tercinta apabila kejutan yang dirancang tidak menjadi.
Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok @hanahadieya, datuk yang dipanggil Aki itu kelihatan teruja sambil dikelilingi anak dan cucu serta kek hari jadi yang kononnya boleh mengeluarkan duit jika di tarik.
Sebaliknya, suasana teruja tadi bertukar suspen dan lucu apabila wang yang cuba ditarik tersekat di dalam kek.
Hendak dijadikan cerita, rupanya duit itu sudah melekat kuat pada kek yang sangat keras. Malah selepas pelbagai cara dicuba, ia masih tidak dapat ditarik keluar.
Aksi gigih mereka sekeluarga cuba menarik keluar wang tersebut cukup menggelikan hati sehingga tular dan ditonton lebih 1 juta kali.
Warganet juga kecoh memberi pelbagai komen bernada lucu selain ada juga yang menyalahkan penjual kek kerana seolah menganiayai pelanggan.
“Atok dah geram part last tu, macam tarik ubi kayu je haha maaf tergelak sebab saya pun kalau macam tu mesti la geram. Kesian orang nak tarik,” kata shahira.shahih.
“Kek tarik (tanda salah), kek rentap (tanda betul),” komen DQ santai.
“Woii siapa yang buat kek tu, sian la kat orang oi, nak niaga tu pon buat la betul-betul, orang nak buat kejutan kat family jadi gitu. Apapun steady pakcik. Maaf saya tergelak,” ujar Cik Ceyma.
“Mesti coklat tu masak dengan susu kotak kalau sejuk keras macam tu hantar balik. Kat orang buat tu kesian orang oder kalau tak boleh buat jangan buat,” komen khairul pula.
“Lawak la, sampai terangkat kek tak boleh tahan,” ujar fisha.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]