Mana peti sejuknya? Gambar peti sejuk ‘halimunan’ buat ramai garu kepala

Mana peti sejuknya? Gambar peti sejuk ‘halimunan’ buat ramai garu kepala

Rata-rata warganet mengakui terpedaya dengan ilusi warna metalik badan peti sejuk tersebut.

Gambar peti sejuk untuk dijual yang tular itu cukup menarik minat pengguna media sosial. (Gambar Facebook)

Jangan bimbang jika anda tidak nampak di manakah sebenarnya kedudukan peti sejuk untuk dijual yang dimaksudkan gambar yang tular ini.

Percayalah, bukan sekali, dua kali, tiga kali malah ada yang 10 kali belek pun masih gagal mengesan apa yang sebenarnya sedang anda lihat.

Barangkali gambar ini sengaja dikongsi untuk menduga akal atau sekadar ilusi untuk memberi kepuasan kepada khalayak media sosial.

“Peti sejuk untuk dijual,” kata keterangan imej yang dimuat naik di akaun Facebook Unusual Images sejak seminggu lalu itu.

Mungkin pada ketika ini, anda akhirnya berjaya mengesan di manakah letaknya barangan elektrik tersebut. Jangan bimbang kerana anda tidak sendirian.

Rata-rata warganet memberikan reaksi yang sama terhadap ilusi yang dihasilkan badan peti sejuk yang berwarna metalik itu.

“Ambil masa jugalah untuk mengesannya, saya ingat mereka main-main,” kata seorang pengguna Facebook.

“Lama juga saya cari peti sejuk itu,” kata seorang lagi pembaca.

“Saya tak akan bohong, ambil masa 20 saat juga untuk cari peti sejuk itu,” kongsi seorang warganet sambil tergelak.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.