Aksi penumpang tarik wanita diseret keretapi bergerak undang tular

Aksi penumpang tarik wanita diseret keretapi bergerak undang tular

Wanita itu terjatuh dan hampir digilis selepas terjatuh ketika cuba menaiki keretapi yang sedang bergerak di Mumbai.

Video yang mengundang hampir 50,000 tontonan itu menunjukkan seorang penumpang menyelamatkan wanita diseret keretapi yang sedang bergerak.

Malang tidak berbau. Namun, kedegilan seorang wanita yang masih cuba menaiki sebuah keretapi sedang bergerak di Mumbai nyaris meragut nyawanya.

Insiden yang dirakam di Vasai Road Railway Junction, Mumbai itu menunjukkan bagaimana seorang wanita tergelincir di platform dan hampir diseret ke bawah keretapi.

Mujur tindakan seorang penumpang yang pantas menariknya keluar sambil dibantu penumpang lain menyelamatkan nyawanya.

Imej mendebarkan yang dirakam kamera keselamatan litar tertutup itu turut di kongsi di Twitter oleh agensi berita ANI dan kini mula tular.

Rata-rata warganet memuji kepantasan orang ramai bertindak manakala tidak kurang juga yang mengecam tindakan merbahaya wanita tersebut yang boleh meragut nyawanya.

“Maharashtra: Penumpang selamatkan wanita dari terjatuh ke bawah keretapi di Stesen Kereta Api Vasai Road, semalam.” kongsi ANI di laman Twitternya.

Sejak dikongsi pada 20 September, video itu mengundang 47,300 tontonan dan angkanya terus meningkat.

Orang ramai terkejut dengan kejadian itu manakala ramai juga yang menggesa pihak berkuasa untuk mengetatkan lagi kawalan keselamatan di stesen tersebut.

“Ini memang teruk, orang ramai patut faham masa untuk naik dan turun adalah ketika keretapi berhenti. Tolong patuhi undang-undang,” komen srinivas.

“Semua pintu sepatutnya ditutup sebelum kereta api bergerak. Ini satu-satunya cara mengelak orang ramai melompat masuk ke dalam keretapi yang bergerak,” tegas Mumkin Hai.

“Syukur. Kami harap dia tidak cedera,” komen Shikha Agarwal pula.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.