Tuan Sara santuni pengutip barangan terpakai buat warganet sebak

Tuan Sara santuni pengutip barangan terpakai buat warganet sebak

Video yang tular itu mengundang 1.4 juta tontonan dengan hampir 5,000 perkongsian.

Video yang tular itu dirakam Sarjan Asrul ketika membuat rondaan bersama Inspektor Saravanan di sekitar kawasan pentadbiran IPD Kerian.

Di sebalik ketegasan, sebagai insan pasti terselit naluri kemanusiaannya. Inilah sifat yang ditunjukkan Inspektor Saravanan Gunasekaran dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian bersama rakan setugas Sarjan Asrul Shafawi Jamaluddin.

Video berdurasi 32 saat yang dirakam Asrul Jamaluddin itu menyaksikan pegawainya, Tuan Sara, tiba-tiba meminta mereka berpatah balik dan mengikut seorang pakcik yang sedang menaiki basikal sarat dengan barangan terpakai ketika membuat rondaan.

“Kisah hari ini. Tengah meronda buat pemantauan tiba-tiba terjumpa satu pakcik tengah kayuh basikal. Sebelum itu nampak dia tengah kutip barang-barang buangan. Terus pegawai aku cakap patah balik ikut pakcik tu.

“Lepas suruh pakcik itu berhenti tepi aku masih fikir apa salah pakcik tu. Ya Allah rupanya Tuan Sara (nama Pegawai tu) hulur sikit duit belanja kat pakcik tu.

“Mulia hati Tuan tanpa mengira bangsa, respect salute boss,” tulis Asrul dalam perkongsian tersebut.

Video yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia berjudul ‘Disebalik Ketegasan Ada Kelembutannya’ tular selepas ditonton 1.4 juta kali selain dikongsi hampir 5,000 warganet.

Menjenguk di ruangan komen, kebanyakan pengguna media sosial mengakui sebak dan tersentuh dengan perkongsian tersebut.

Rata-rata melontarkan pujian dan sanjungan terhadap sikap mulia Tuan Sara yang sedia menyantuni siapa saja tidak mengira latar belakang agama serta bangsa.

Warganet turut memanjatkan doa semoga institusi polis negara serta anggotanya kekal teguh dengan integriti dan amalan profesionalisme yang utuh.

“Cerminan wajah terbaik PDRM di sebalik ketegasan dalam kerjaya, setiap insan ada nalurinya,” ujar Taufik Fit

“Terbaik Tuan semoga Allah murahkan rezeki Tuan,” doa dari Emy Ishak

“Mungkin Tuan Sara ni tahu kehidupan susah macam mana, sebab dia pernah mengalami kot,” kata Mohd Azrulhisam.

“Syabas Tuan! Dapat melegakan penderitaan seseorang walaupun 1 saat, adalah kepuasan yang tak dapat kita gambarkan. Semoga Tuan sentiasa dimurahkan rezeki. Aamiin,” kongsi Nahar Azmi Mohamad.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.