
Media sosial tiba-tiba dibanjiri video gelagat seekor anjing comel yang terjumpa sebatang ranting kayu besar dan cuba menggonggongnya pulang.
Menerusi perkongsian video tersebut, anjing yang dikenali sebagai Boomer itu sedang berjalan-jalan di taman bersama seekor lagi anjing ditemani tuannya.
Ketika berada di taman, Boomer terjumpa sebatang ranting kayu besar dan terus menggonggong dan menariknya untuk dibawa pulang.
Apa yang melucukan, kayu yang dua kali saiz badan Boomer itu tersangkut di pagar.
Caranya yang bersungguh menggonggong sambil menghenjut kayu itu berkali-kali dengan harapan ia akan melepasi halangan pasti akan membuat sesiapa saja ketawa besar.
Walau apapun terjadi, kayu ini mesti dibawa pulang, mungkin itulah yang bermain di fikiran Boomer.
Enggan membiarkan Boomer kehampaan, tuannya turut membantu mengalihkan kedudukan kayu itu.
Pada mulanya Boomer gagal, namun selepas beberapa kali mencuba, akhirnya Boomer dan hasil ‘tangkapannya’ berjaya dibawa pulang.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]