‘Ayam ke tu?’ Video anjing perengus berjanggut undang keliru, geletek hati warganet

‘Ayam ke tu?’ Video anjing perengus berjanggut undang keliru, geletek hati warganet

Video lucu berdurasi 23 saat itu memaparkan seekor anjing yang berwajah perengus tapi menyalak seperti ayam.

Video yang dimuat naik di Reddit oleh u/stefanels itu tular kerana cara pelik anjing itu menyalak.

Video berdurasi 23 saat yang tular bagai pisang goreng panas ini wajar ditonton jika anda sedang berdepan hari yang buruk.

Ini kerana anda pasti akan ketawa berdekah-dekah bukan saja kerana melihat mimik muka anjing yang saling tak tumpah seperti lelaki tua kerdil yang perengus dan lama tidak bercukur, tetapi juga kerana bunyi salakannya yang sama seperti ayam.

Video berjudul ‘Grumpy bearded dog’ itu antara lain memaparkan seorang wanita yang sedang mendukung seekor anjing.

Apa yang cukup menggelikan hati ialah sebaik mendengar ia menyalak, bunyi yang dihasilkan sama seperti ayam.

Wajahnya yang kelihatan seperti lelaki tua kerdil yang perengus dan berjanggut itu juga turut mengundang kekeliruan dalam kalangan pengguna media sosial.

Tidak hairanlah video pendek yang mula tular sejak beberapa hari lalu ini berjaya mengundang lebih 41,000 tontonan dan ribuan komen di Reddit.

Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan maklum balas yang kedengaran sama ada keliru dengan identiti sebenar anjing tersebut selain yang menggelikan hati.

“Ini seekor ayam yang pelik,” kata seorang pembaca mengusik.

“Seekor ayam yang memakai kostum anjing dan janggut palsu,” komen seorang lagi warganet.

“Bukan, ia adalah lelaki tua kerdil yang sejak berdekad tidak bercukur,” kongsi seorang lagi pembaca sambil melawak.

“Adakah itu ayam?,” tanya seorang pembaca sambil tergelak.

“Itu adalah The Lorax,” ujar seorang lagi warganet yang cuba mengaitkannya dengan watak filem animasi The Lorax.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.