Wanita terkejut rakam beruang curi tisu tandas di beranda rumah

Wanita terkejut rakam beruang curi tisu tandas di beranda rumah

Video seekor beruang mencuri tisu tandas di sebuah rumah di Bristol, Connecticut kini tular di media sosial.

Seorang wanita di Bristol terkejut selepas seekor beruang mencuri bungkusan berisi tisu tandas dari beranda rumahnya.

Sebuah video yang menunjukkan seekor beruang hitam sedang melarikan diri dari sebuah kediaman di Bristol dengan bungkusan Amazon di mulutnya kini tular.

Isnin lalu, Kristine Levine dari Bristol, Connecticut berjaya merakam gelagat seekor beruang hitam yang sedang mencuri bungkusan di beranda rumahnya sebelum melarikan diri.

Levine kemudiannya memuat naik video tersebut di laman Facebook dan dengan pantas ia terus tular.

Dalam perkongsian tersebut Levine berkata, “Jika ada sesiapa nampak satu bungkusan Amazon di sekitar Chippens Hill yang tertera nama saya di atasnya, tolong pulangkan ya.”

“Amazon menghantar bungkusan itu kira-kira lima minit sebelum kejadian dan saya menerima peringatan pada kamera keselamatan diikuti peringatan kedua, lima minit kemudian.

“Saya sangat terkejut kerana tidak menyangka ada sesiapa di jalan masuk ke rumah,” kata Levine.

Beberapa jam kemudian dia menemui bungkusan itu, yang rupanya berisi tisu tandas, di laman rumah jiran.

“Insiden ini memang melucukan. Seperti yang saya katakan, saya tahu ia bukanlah barang yang berharga, jadi tengahari ini memang agak menyeronokkan,” katanya lagi.

Pengurus Pusat Alam Wood Lake, Paul Smithson, di Richfield, Minnesota memberitahu Newsweek beruang semakin kerap dilihat di daerah itu.

Tambahnya ia lazimnya sering dilihat sebelum atau sesudah tempoh hibernasi kerana beruang sedang keluar mencari makanan.

“Metro mempunyai kawasan hijau yang agak luas dan bersambung pula dengan kawasan hijau lain. Beruang itu sedang mencari makanan dan akhirnya sampai ke kawasan kejiranan tersebut,” kata Smithson.

Newsweek cuma menghubungi Jabatan Tenaga dan Perlindungan Alam Sekitar Connecticut untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.