Influencer maut jatuh tingkat 9, teruja selfie matahari terbenam

Influencer maut jatuh tingkat 9, teruja selfie matahari terbenam

Bintang TikTok itu dikatakan terpijak bahagian bumbung plastik menyebabkan ia pecah dan Kubra Dogan maut akibat terjatuh.

Kubra Dogan dan sepupunya Helen memanjat bumbung bangunan kediaman tersebut untuk merakam selfie matahari terbenam.

Dalam era digital yang menguasai dunia dewasa ini, media sosial aplikasi TikTok antara yang paling popular.

Untuk terus kekal relevan kandungan adalah segala-gala buat influencer.

Dalam mencari kandungan terbaik, pelbagai cara dilakukan sehingga ada yang membahayakan diri malah, tidak kurang juga sehingga meragut nyawa.

Natijahnya, saban hari ada sahaja berita tentang kematian membabitkan influencer muda ternama di seluruh dunia.

Terbaharu, gara-gara terlalu teruja untuk merakam selfie matahari terbenam, seorang gadis maut selepas terjatuh dari bumbung bangunan kediaman sembilan tingkat.

Difahamkan mangsa, Kubra Dogan, 23 sedang menziarahi sepupunya, Helen, 16 pada Jumaat lalu di Istanbul, Turki sebelum kedua-duanya mengambil keputusan untuk membuat rakaman video di atas bumbung.

Apabila matahari mula terbenam pada kira-kira jam 7.30 petang, dua gadis berkenaan mula memanjat bumbung bangunan tersebut sambil merakam selfie.

Dogan tiba-tiba terpijak bahagian bumbung berwarna kelabu tanpa menyedari ia sebenarnya adalah plastik, mengakibatkan penutup tersebut pecah dan dia jatuh dari ketinggian 49 meter.

Sebaik pihak paramedik tiba di lokasi kejadian influencer TikTok terkenal itu disahkan telah meninggal dunia.

Bulan lalu, seorang influencer Hong Kong, Sophia Cheung mati selepas tergelincir di air terjun ketika cuba berselfie.

Seorang lagi selebriti China, Xiao Qiumei maut selepas terjatuh beberapa meter dari sebuah kren ketika sedang membuat penstriman langsung.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.