Pemancing terkejut Sturgeon 158 kg ‘terbang’ terkena umpan

Pemancing terkejut Sturgeon 158 kg ‘terbang’ terkena umpan

Ia berjaya dirakam seorang kaki pancing di Sungai Fraser, British Columbia, Kanada.

Rakaman yang dikongsi, Yves Bisson Sturgeon. Co di laman Instagram mereka pada 17 Julai lalu itu mula tular dengan hampir 60,000 tontonan. (Gambar Facebook)

Bagi kaki pancing yang gemarkan cabaran adrenalin tiap kali berdepan spesies raja sungai yang garang dan melawan, mungkin rakaman video luar biasa yang memaparkan spesies ikan Sturgeon ini mampu buat anda teruja.

Difahamkan video menakjubkan ini berjaya dirakam seorang kaki pancing di Sungai Fraser, British Columbia, Kanada.

Di awal rakaman tersebut kelihatan seorang lelaki sedang bergelut dengan jorannya yang kelihatan seperti sudah mengena.

Tiba-tiba, seekor ikan gergasi dianggarkan seberat 158 kilogram melompat dari permukaan air dalam aksi gerak perlahan yang cukup dramatik.

Pemancing yang berada di atas bot kemudian menjerit akibat terkejut dan tidak percaya sejenis ikan purba sudah mengena joran mereka.

Rakaman yang dikongsi, Yves Bisson Sturgeon. Co di laman Instagram mereka 17 Julai lalu itu mula tular bagai goreng pisang panas dengan hampir 60,000 tontonan kebanyakannya di kalangan kaki pancing tegar.

Menurut Yves Bisson, ikan gergasi tersebut adalah spesies ikan Sturgeon dan dianggarkan berusia sekitar 50 tahun.

Sturgeon adalah spesies ikan sungai yang termasuk dalam keluarga Acipenseridae atau ikan penghasil kaviar (telur).

Sturgeon yang tersohor sebagai raja sungai ini adalah haiwan prasejarah yang telah wujud sejak 300 juta tahun dulu.

Spesies ikan Sturgeon yang besar dikenali sebagai Beluga yang mampu membesar sehingga 20 kaki panjang dan berat lebih 2,000 kilogram dengan usia melebihi 100 tahun.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.