
Video di majlis perkahwinan tidak pernah gagal mengundang pelbagai reaksi di platform media sosial kerana kandungannya yang terkadang lucu dan cukup dramatik.
Pun begitu, tidak semua majlis perkahwinan berlangsung dalam suasana meriah dan menyeronokkan kerana banyak juga perkahwinan yang dijalankan tanpa kerelaan pasangan pengantin.
Hakikatnya, majlis perkahwinan adalah upacara sekali seumur hidup yang cukup menekan pasangan pengantin kerana menjadi tumpuan semua yang hadir.
Walau apapun alasannya, pasangan dalam video yang tular ini sememangnya tidak kelihatan serasi di antara satu sama lain.
Dalam video tersebut, pasangan mempelai dilihat berdiri secara menghadap untuk upacara ‘vermala’ dengan masing-masing memegang kalungan bunga.
Lazimnya, ritual ini cukup menyeronokkan, namun keadaan itu adalah sebaliknya di dalam video yang tular itu.
Pengantin perempuan yang berdiri dalam keadaan yang agak serius itu, tiba-tiba mencampakkan kalungan bunga ke leher pengantin lelaki, namun tersangkut di perhiasan kepalanya.
Sebagai membalas tindakan itu, pengantin lelaki dengan berang membalas dengan mencampakkan pula kalungan bunga ke arah pengantin perempuan.
Video yang dikongsi di akaun Instagram dikenali comedy_videos9752 itu tular menyebabkan ramai yang sibuk membuat andaian di sebalik reaksi marah pasangan tersebut.
Ramai yang menganggap video itu sangat lucu, sementara tidak kurang yang mengecam sikap pengantin lelaki tersebut.
Ramai juga yang berkongsi emoji ketawa sementara yang lain masih tertanya-tanya apa sebenarnya yang sedang berlaku.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]