Ibu kembar sembilan lesu, susu kering, guna 100 lampin sehari

Ibu kembar sembilan lesu, susu kering, guna 100 lampin sehari

Halima Cisse melahirkan kembar sembilan di Klinik Borja di Casablanca, Maghribi 5 Mei lalu dan masih dipantau di hospital.

Sejak melahirkan kembarnya 5 Mei lalu, Halima Cisse mengakui mengalami kelesuan berpanjangan. (Gambar Groupe Akdital)

Seorang ibu yang memecah rekod dunia selepas melahirkan bayi kembar sembilan mengakui amat keletihan kerana perlu mengganti sehingga 100 lampin pakai buang sehari.

Bukan itu saja, susu badan Halima Cisse, 26, juga kering dalam masa hanya sebulan kerana anak-anaknya memerlukan sehingga enam liter susu sehari.

Halima selamat melahirkan semua sembilan bayinya di Ain Borja Clinic, Casablanca, Maghribi pada 5 Mei lalu.

Peristiwa bersejarah itu sekali gus memadam rekod yang dicatat oleh Nadya Suleman yang melahirkan bayi kembar lapan pada 2009.

Dua setengah bulan kemudian, semua anak-anaknya yang mempunyai berat antara 500g dan 1kg ketika lahir kini ditempatkan dalam inkubator di unit rawatan rapi klinik berkenaan.

Ternyata lima bayi perempuan dan empat lelaki yang dilahirkan secara normal itu memberikan kesan ke atas kesihatan Halima.

Ibu muda yang hanya mengetahui dia bakal melahirkan sembilan bayi beberapa minit sebelum melahirkan, juga hampir maut akibat kehilangan banyak darah.

Halima dan anak-anaknya dijangka akan meninggalkan hospital tersebut dalam masa dua bulan dan buat pertama kalinya bertemu dengan bapa mereka Kader Arby, 35.

Kembar sembilan itu akan dibawa pulang ke kediaman tiga bilik mereka di Timbuktu, Mali dan bertemu kakak sulung mereka yang berusia dua tahun setengah.

Sebelum ini dua kelahiran kembar sembilan pernah direkodkan iaitu di Australia pada 1971 dan di Malaysia pada 1999. Namun malangnya bayi-bayi tersebut meninggal dunia.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.