Lukisan buruk, harga 50 sen macam pisang goreng panas

Lukisan buruk, harga 50 sen macam pisang goreng panas

Adib Afdzal terdorong menjual lukisan selepas melihat seorang seller menjual kata-kata motivasi di Shopee.

Semua lukisannya dihasilkan menggunakan ciri tetikus di perisian Photoshop. (Gambar Twitter Adib Afdzal)

Kata orang, seni itu subjektif. Begitu juga dalam membuat penilaian. Tidak peduli apapun pendapat orang, yang penting seni yang diketengahkan mencapai matlamat dan ada pula manfaatnya.

Demikian kisahnya dengan seorang pengguna twitter, Adib Afdzal (@afdzal_adib) yang mula berjinaak-jinak menjual lakaran lukisannya di Shopee dengan harga RM0.50 setiap satu.

Apa yang menariknya, lakaran yang boleh dikategori sebagai sangat ‘buruk’ itu begitu popular dan laku keras di pasaran.

Adib memberitahu World of Buzz, dia memulakan perniagaannya beberapa hari lalu dan terdorong selepas melihat seorang seller menjual kata-kata motivasi di Shopee.

“Ketika itu saya sedang mengedit poster menggunakan Photoshop. Jadi saya terfikir, kenapa tak guna platform itu untuk jual lukisan?

Pada mulanya, lukisannya tidak begitu mendapat sambutan, sehinggalah satu daripada karyanya itu mula tular di TikTok.

“Pada mulanya saya terkejut, tapi kemudian saya jadi tersentuh apabila kebanyakan komen mengatakan mereka terhibur kerana tertekan akibat perintah sekatan.”

Selain menawarkan lukisan potrait sedia ada hitam putih yang menampilkan personaliti terkenal tanah air, Adib turut melukis berdasarkan gambar peribadi pelanggan.

Sehingga kini, hampir 200 unit lukisan Adib berjaya dijual dan meraih keuntungan lebih RM100 hanya dengan lukisannya yang berharga RM0.50.

“Kawan saya dan saya menyukainya! Terima kasih banyak. Kami tak pernah rasa secantik ini,” antara komen jujur pelanggan Adib yang berpuasa hati dan terhibur dengan lukisannya.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.