Pentas Nazim cungkil bakat lebih 400 kanak-kanak

Pentas Nazim cungkil bakat lebih 400 kanak-kanak

Hidayah Jasmi berkata, Zon Tengah 2 dinobat sebagai Juara Keseluruhan Pentas Nazim.

Pentas Anak- Anak Hebat (Nazim) atau Pentas Nazim, sebuah platform yang mencungkil bakat anak-anak berumur tujuh hingga 12 tahun.

Dalam suasana pandemik ketika ini, pelbagai inisiatif diambil ibu bapa dan pihak bertanggungjawab bagi memastikan anak-anak bukan saja tidak ketinggalan dari segi pembelajaran tetapi juga keyakinan diri dan bakat istimewa yang dimiliki mereka dapat digilap sebaiknya.

Inisiatif ini diambil Pentas Anak- Anak Hebat (Nazim) atau Pentas Nazim, sebuah platform yang mencungkil bakat anak-anak berumur tujuh hingga 12 tahun.

Ia merangkumi pertandingan pidato, bercerita, hafazan al-Quran, azan, kolaj alam, rekacipta, nyanyian solo, khat dan hidangan minum petang.

Pertandingan yang bermula pada bulan April di peringkat cawangan dan berakhir di peringkat Nasional pada 26 Jun sehingga 3 Julai lalu itu telah disertai oleh 400 orang kanak-kanak dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Menurut pengarah Pentas Nazim, Hidayah Jasmi, antara objektif utama pertandingan ini diadakan ialah untuk mencungkil bakat, kreativiti dan melatih keyakinan dalam diri anak-anak ahli kelab Nazim seluruh malaysia.

Katanya dengan suasana pandemik yang berlaku sekarang, pertandingan ini juga amat membantu ibu bapa untuk memberi nilai tambah dan menggarap potensi pada anak-anak mereka.

Menurut Hidayah, majlis penutup Pentas Nazim berlangsung secara atas talian baru-baru ini dalam suasana cukup meriah.

Acara dalam talian itu digamatkan lagi dengan kehadiran ahli Kelab Nazim seluruh Malaysia di laman sosial facebook I- Keluarga.

Kemeriahan Majlis Penutup Pentas Nazim berakhir dengan pengumuman juara keseluruhan yang digondol oleh Zon Tengah 2 iaitu meliputi Nazim cawangan Kuala Lumpur, Damansara, Shah Alam, Klang, Kota Raja dan Subang Jaya.

“Kami benar-benar berharap inisiatif ini akan memberi nilai tambah dan menggilap potensi barisan pelapis walaupun negara sedang bergelut dengan wabak Covid-19,” katanya.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.