Pulang buku perpustakaan lepas 300 tahun

Pulang buku perpustakaan lepas 300 tahun

Buku bertarikh 1709 itu dicetak semula pada 1704 dan pertama kali ditulis pada 1688.

Buku bertajuk The Faith and Practice of a Church of England Man itu dipulangkan ke Gereja Sheffield selepas 300 tahun.

Seorang kakitangan di sebuah gereja berusia 800 tahun di Britain terkejut apabila menerima kiriman berupa sebuah buku yang telah dipinjam dari perpustakaan di gereja tersebut lebih 300 tahun lalu, lapor The Star.

Menurut Naib Dekan Gereja Sheffield Keith Farrow berkata, buku yang dicetak pada tahun 1704 itu dikirim menerusi pos yang turut disertakan dengan sekeping nota daripada seorang wanita lengkap dengan asal usulnya.

“Saya menemui buku ini bersama-sama barangan kepunyaan pemiliknya, seorang wanita yang telah meninggal dunia.

Wanita itu meminta buku ini dipulangkan kepada Gereja Sheffield.

Menurut Farrow, buku yang bertarikh 1709 pada bahagian dalamnya itu ditulis dengan cukup indah.

“Pada buku ini jelas tertulis ia adalah milik perpustakaan Gereja Sheffield. Jadi, saya berpendapat buku ini dipinjam dan tidak dipulangkan,” katanya.

Buku berjudul The Faith and Practice of a Church of England Man itu akan dipamerkan di gereja tersebut, yang cukup terkenal dengan perpustakaannya sehingga era Geogian.

Buku kecil ini pertama kali ditulis pada 1688 dan dicetak semula pada 1704.

“Saya sedang memikirkan berapakah denda paling wajar untuk kami kenakan. Siapa tahu ia mungkin mampu menampung kos bumbung baru di gereja ini,” kata Farrow berjenaka.

Namun Farrow berkata pihaknya tidak akan mengenakan sebarang denda, sebaliknya gembira buku tersebut akhirnya kembali ke tempat asalnya.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.