
Jual apapun produk kalau hasilnya dapat menyelesaikan masalah orang, memang tidak mustahil boleh ‘laku keras’.
Begitu juga halnya dengan seorang ‘Seller’ di Shopee yang mula tular di media sosial gara-gara menjual kata-kata semangat berharga RM0.20 sen sahaja.
Pada mulanya ramai warganet menyangka ia hanya taktik ‘scammer’ yang cuba memerangkap mangsa. Namun terbukti, ia sah malah mendapat pujian dan respon positif rata-rata pembelinya.
Ramai juga yang sangat berpuas hati sehingga memberikan rating 5 bintang sebagai ulasan.
Ketika FMT cuba menjengah laman Shopee milik ‘Seller’ tersebut, produknya itu sudah pun ‘HABIS DIJUAL’.
Difahamkan, kata-kata semangat yang dijual adalah terhad. Hanya satu kata-kata semangat saja ditawarkan untuk setiap pembeli.
Penjelasan mengenai penjual produk itu juga cukup mencuit hati antaranya: “Servis ini, hanya untuk suka-suka sahaja. Amat sesuai bagi mereka yang “tak tahu kat mana nak habiskan balance (baki) duit shopeepay”.
Jadi, jika anda perlukan kata-kata semangat untuk meneruskan kehidupan dalam norma baharu yang serba mencabar ini, sudi-sudilah ke laman ‘Seller’ ini.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]