
Terdahulu, kedua beranak itu menghidu bau busuk daripada patung berkenaan yang terletak di pinggir bandar Santa Coloma de Gramenet.
Si bapa kemudian menemukan mayat lelaki melalui rekahan dari kaki patung dinosaur jenis Stegosaurus tersebut.
Hasil siasatan polis mendapati mayat tersebut milik seorang lelaki berusia 39 tahun yang dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya.
Lelaki tersebut dipercayai terperangkap di dalam patung dinosaur itu ketika cuba mengambil semula telefon bimbitnya yang terjatuh.
“Ia adalah kematian akibat kemalangan. Tiada keganasan berlaku,” ujar seorang jurucakap dari polis dan menganggap kematian tersebut tidak mencurigakan.
“Lelaki itu masuk ke dalam kaki patung dinosaur dan terperangkap ketika cuba mendapatkan semula telefon bimbitnya yang terjatuh.”
Mayat lelaki yang ditemukan di dalam kaki patung dinosaur itu dikatakan berada di situ beberapa hari lalu.
Polis sedang menunggu hasil bedah siasat untuk menentukan punca kematian mangsa.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]