
Kedatangan Hari Raya Aidilfitri sememangnya dinantikan bukan saja oleh umat Islam tetapi juga seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.
Suasana kemeriahan Syawal dapat dirasakan dengan budaya kunjung-mengunjung serta rumah terbuka yang diamalkan sejak sekian lama di negara ini.
Biarpun sambutan terpaksa dilakukan dalam situasi pandemik Covid-19, namun budaya ini masih dapat diteruskan dengan bilangan tetamu yang terhad dan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP).
Pada masa sama, setiap perayaan pasti datang dengan perbelanjaan khusus dan mungkin ada di kalangan kita teringin untuk mengubah suai atau membaiki rumah, menukar perabot serta membeli peralatan baru.
Jom kita lihat beberapa idea yang disenaraikan untuk menambah aliran tunai anda menjelang Hari Raya nanti.
Kerja Sambilan

Bercakap mengenai kerja sambilan, pasti ada yang mengaitkannya dengan kerja menjual barangan termasuk ejen insurans, ejen dropship, bekerja di kedai makan atau menjadi jurujual.
Namun, ia memerlukan kecekapan dalam pengurusan masa kerana perlu mengikut jadual ditetapkan.
Bagi mereka yang sukar mengikut jadual bekerja tetap tetapi masih ingin menjana pendapatan, ekonomi gig adalah pilihan sesuai.
Bekerja sebagai penghantar makanan dan menyertai perkhidmatan e-hailing bukan saja menawarkan waktu kerja fleksibel, tetapi semakin mendapat permintaan.
Paling penting, ia memberi peluang kepada mereka yang berminat untuk menjana pendapatan.
Jual Barang Yang Tidak Digunakan Lagi

Menjelang Syawal nanti, anda pasti sibuk mengemas rumah untuk memastikan rumah anda dalam keadaan bersih dan kemas untuk menyambut kehadiran tetamu.
Apa kata ambil peluang ini untuk mengasingkan juga barangan peribadi yang jarang digunakan seperti baju, beg atau kasut.
Anda sebenarnya boleh menjana pendapatan dengan menjual barangan ini di beberapa platform popular seperti mudah.my serta Carousell.
Sekurang-kurangnya, anda tidak berasa ralat dan membazir apabila ia dapat dijual semula kepada sesiapa yang berminat.
Ini adalah cara mudah yang boleh dilakukan untuk mendapatkan sedikit wang sambil mengemas rumah.
Pembiayaan Semula Pinjaman Rumah

Tahukah anda, sekiranya harga rumah anda meningkat sejak membelinya, anda mungkin layak untuk membuat pembiayaan semula?
Katakan anda telah membeli rumah pada tahun 2011 dengan harga RM880,000 dan kadar bunga sebanyak 4.15%.
Selepas dinilai, rumah itu kini berharga RM1,000,000. Anda masih boleh mendapat keuntungan daripada kenaikan sebanyak RM120,000 tanpa menjual rumah anda!
Berdasarkan contoh ini, katakan anda sudah membayar balik pembiayaan sebanyak RM467,000.
Selepas mengetahui kenaikan harga rumah, anda mengambil keputusan membuat pembiayaan semula di bank lain dengan kadar bunga lebih rendah.
|
Nilai pembiayaan semula: RM753,000 (RM633,000 baki pinjaman rumah + RM120,000 kenaikan nilai) Kadar bunga baru: 3.15% Jumlah pengeluaran tunai: RM120,000 |
Bagaimanapun, anda harus ingat wang tunai itu bukanlah wang percuma. Apabila pembiayaan semula dibuat, hutang tidak akan berkurangan.
Sebaliknya, ia akan bertambah tetapi dengan kadar bunga atau tempoh berbeza. Namun, penambahan hutang ini bukanlah sesuatu perkara yang buruk, asalkan anda pandai memanfaatkan wang berkenaan.
Sebagai contoh, anda menggunakannya sebagai modal mengubah suai rumah sempena Hari Raya yang dilihat boleh menambah nilai kediaman itu selain menyediakan suasana lebih selesa untuk keluarga.
Anggaplah pembiayaan semula ini sebagai cara yang boleh menambahkan aliran tunai anda.
Daripada mengambil pinjaman peribadi, pembiayaan semula rumah lebih mudah dan senang diluluskan.
Ingin dapatkan anggaran nilai rumah secara percuma? Layarilah PropertyAdvisor dan masukkan alamat rumah anda untuk mendapatkan anggaran terkini!
Artikel ini ditulis oleh Adlene Hanna dari PropertyAdvisor.my, sumber data dan analitik hartanah serta pemberi pendapat yang paling komprehentif di Malaysia.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]