Anak kecil minta ‘arwah ayah’ dukung

Anak kecil minta ‘arwah ayah’ dukung

Anak kecil itu memanggil bapanya sambil menatap gambar arwah pada surah Yasin.

Kanak-kanak tiga tahun yang rindukan arwah ayahnya.

Tidak seperti orang dewasa, kematian adalah sesuatu yang sukar difahami oleh kanak-kanak apatah lagi seorang bayi.

Biarpun bapanya baru saja meninggal dunia, kenangan dan sentuhannya masih berada dalam ingatan seorang anak kecil yang masih mendambakan kasih sayangnya.

Lebih menyayat hati apabila anak kecil yang masih belum mengerti apa-apa sering memanggil bapanya untuk dipeluk, didukung serta dibelai manja.

Satu rakaman video yang dikongsi oleh @dhirabesti4 di TikTok benar-benar menggambarkan situasi sebenar kehilangan itu hingga ia menjadi tular di Indonesia baru-baru ini.

Menurut laporan Merdeka.com, video berdurasi 34 saat itu menunjukkan gelagat seorang anak kecil yang memegang surah Yasin sambil matanya melihat gambar arwah bapanya pada surah berkenaan.

Gelagatnya kanak-kanak berusia tiga tahun itu begitu ceria apabila melihat wajah bapanya, malah turut memuji ketampanannya.

Dia juga kelihatan menghulur kedua-dua tangan seolah-olah meminta didukung oleh bapa selain sempat memanggil ‘ayah’ sambil mencium gambar tersebut.

“Ayah ganteng (ayah tampan). Ayah gendong (ayah dukung),” katanya dalam video itu.

Tidak mengerti dengan apa yang berlaku, kanak-kanak itu terus tersenyum riang sambil menutup surah Yasin.

Video terbabit sekali gus mengundang air mata kebanyakan netizen yang tidak dapat menahan sebak melihat kanak-kanak itu.

Pemilik akaun @dhirabesti4 yang dipercayai ibu kanak-kanak itu bagaimanapun tidak berkongsi butiran terperinci mengenai pemergian suaminya pada tahun lalu.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.