Fosil Titanosaurus tertua di dunia ditemui

Fosil Titanosaurus tertua di dunia ditemui

Ahli pengkaji sejarah percaya bahawa dinosaurus jenis titanosaurus ini pernah hidup di tempat yang kini dipanggil Patagonia iaitu pada 140 juta tahun lalu.

Penemuan fosil titanosaurus tertua di dunia membuktikan haiwan ini hidup lebih lama dari yang dianggarkan. (Gambar American Museum of Natural History)

Satu laporan dari beberapa pakar pengkaji mendapati fosil dinosaurus yang sebelum ini digali di Argentina adalah jenis titanosaurus tertua yang pernah ditemukan di dunia.

Mereka percaya bahawa dinosaurus jenis titanosaurus ini pernah hidup di tempat yang kini dipanggil Patagonia iaitu pada 140 juta tahun lalu.

Analisis baru ini menunjukkan bahawa titanosaurus, salah satu kelompok dinosaurus pemakan tumbuhan berleher panjang itu hidup lebih lama daripada yang dianggarkan sebelumnya.

“Ianya diklasifikasikan sebagai spesies baharu titanosaurus dan penemuan fosil ini juga merupakan yang tertua di dunia untuk kelompok dinosaurus tersebut di dunia,” ujar Pablo Gallina dari National Scientific and Technical Research Council (Conicet).

Menurut Gallina lagi, fosil berumur 140 juta tahun adalah penemuan yang sangat jarang berlaku.

Spesimen yang ditemukan tujuh tahun lalu di Provinsi Neuquen, Patagonia barat laut itu dinamakan Ninjatitan zapatai.

Penamaan tersebut diambil dari nama ahli paleontologi Sebastian ‘El Ninja’ Apesteguia dan teknisi Rogelio Zapata.

Selain menjadi titanosaurus tertua yang pernah ditemukan, fosil itu juga diyakini sebagai yang terbesar.

Walaupun fosilnya tidak lengkap, tulang panggul dan tulang belakangnya menunjukkan bahwa panjang haiwan tersebut sekitar 20 meter sewaktu ia hidup.

Sementara saudara terdekatnya, Andesaurus, tumbuh sepanjang 18 meter.

Mengingat usianya yang sangat tua, titanosaurus masih berkeliaran di bumi ketika dinosaurus musnah pada sekitar 65 juta tahun dahulu.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.