Gadis termuda China, lakukan 100 kali pembedahan plastik

Gadis termuda China, lakukan 100 kali pembedahan plastik

Chuna tidak pernah merasa puas dengan penampilannya dan setiap kali setelah melakukan pembedahan, dia merasa semakin cantik.

Zhou Chuna yang melakukan pembedahan plastik sebanyak 100 kali hingga menjadikan wajahnya seperti anak patung Barbie. (Gambar YouTube)

Gara-gara ingin kelihatan cantik, remaja berusia 16 tahun dari China ini menjadi ketagih hingga memaksa dia melakukan sebanyak 100 kali pembedahan plastik.

Zhou Chuna mula melakukan pembedahan plastik sejak tiga tahun lalu dan kini penampilannya mirip anak patung Barbie.

Oleh kerana terlalu banyak melakukan pembedahan plastik, dia kini mengalami kesan sampingan iaitu luka kekal hingga seakan hilang ingatan.

Walaupun begitu, Zhou Chuna mengaku tidak pernah berasa puas dengan perubahan wajah dan tubuhnya dan akan terus melakukannya lagi.

Menurut Chuna, dulu wajahnya sangat hodoh kerana mempunyai mata kecil dan hidung yang besar.

Ini menyebabkan dia sering diejek dan dibuli untuk melakukan kerja-kerja berat oleh rakan-rakan sekelas.

Dia turut cemburu melihat teman-teman yang cantik di kelasnya tidak pernah mendapat tugasan berat sehingga mendorong dia menukar penampilannya dengan melakukan pembedahan plastik.

Di usia 13 tahun, Chuna meminta kebenaran ibu bapanya untuk melakukan pembedahan kelopak mata. Awalnya permintaan itu ditolak namun akhirnya kedua orang tua Chuna bersetuju untuk membiayai pembedahan tersebut.

Walaupun sudah dinasihat bahawa pembedahan itu akan menjadikan wajahnya kelihatan semakin tua, Chuna masih tetap ingin melakukannya.

Namun, setelah selesai pembedahan, dia menyedari ramai yang sudah mulai bersikap ramah dengannya.

Hingga kini, Chuna sudah melakukan sebanyak 100 pembedahan dimulai dengan filler pada bibir dan hidung, implan payudara, menyedut lemak sehingga mengubah matanya seperti anak patung Barbie.

Secara keseluruhannya, gadis ini telah menghabiskan sebanyak 4 juta yuan yang mana wang tersebut didapati dari kedua orang tuanya yang juga usahawan berjaya.

“Saya tidak akan puas dengan penampilan ini dan setiap kali setelah melakukan pembedahan, saya akan merasa semakin cantik.

“Saya tidak pernah menyesal dan mustahil untuk saya tidak melakukan pembedahan lagi. Biarlah tidak makan atau minum tapi saya tidak boleh hidup tanpa pembedahan plastik,” ujar Zhou Chuna.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.