Lelaki keluarkan jantung jiran dan beri makan pada keluarganya

Lelaki keluarkan jantung jiran dan beri makan pada keluarganya

Anderson membunuh jiran dan mengeluarkan jantung mangsa untuk diberi makan kepada keluarganya.

Anderson didakwa mengaku membunuh jirannya dengan mengeluarkan jantung mangsa dan diberi makan kepada keluarganya.

Seorang penjenayah mengaku membunuh jirannya dengan mengeluarkan jantung mangsa sebelum diberi makan kepada keluarganya, kata pihak berkuasa Oklahoma.

Dia juga turut membunuh bapa saudaranya dan seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun, lapor Daily Mail yang memetik pihak berkuasa berkenaan.

Lawrence Paul Anderson, 42, didakwa menikam mangsa, Andrea Lynn Blankenship hingga mati dalam kejadian di rumahnya di Chickasha pada 9 Februari lalu.

Dia kemudiannya pulang ke rumah dan menikam tiga lagi mangsa iaitu bapa saudara, ibu saudara dan cucu mereka dalam kejadian hari sama, kata Biro Siasatan Oklahoma.

Polis yang dihubungi ke tempat kejadian mendapati bapa saudaranya, Leon Pye, 67 dan kanak-kanak terbabit, Kaeos Yates, cedera sebelum disahkan mati ketika dalam perjalanan ke hospital.

Ibu saudaranya, Delsie Pye yang ditikam pada kedua-dua belah mata dilaporkan selamat.

Menurut seorang penyiasat, Anderson mendedahkan kejadian ngeri saat akhir lelaki terbabit memberi makan organ mangsa kepada keluarganya sebelum membunuh Blankenship.

“Dia memasak organ mangsa itu dengan kentang dan memberi makan kepada keluarganya kononnya untuk mengeluarkan roh syaitan,” tulis seorang ejen menerusi satu rekod di mahkamah.

Susulan kejadian itu, Anderson ditahan polis yang melihatnya tiba-tiba termuntah di ruang tamu.

Tiga pembunuhan kejam itu dilakukan selepas Anderson dibebaskan dari penjara awal Januari lalu.

Dia dijatuhkan hukuman penjara 20 tahun atas kesalahan berkaitan dadah dan senjata sebelum Gabenor Kevin Stitt membenarkan hukuman itu dikurangkan kepada sembilan tahun atas saranan Lembaga Pengampunan dan Parol Oklahoma.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.