
Bradford Gauthier dari Worcester, Massachusetts, mengeluh sakit setiap saat hendak menelan. Ketika diperiksa, terdapat satu “AirPod” tersangkut di bahagian bawah kerongkongnya.
Rupanya Gauthier secara tidak sengaja telah menelan alat fon telinga tanpa wayar tersebut ketika sedang tidur.
Gauthie berkongsi kisah itu di akaun Facebooknya.
“Saya bangun pagi tadi, mulanya rasa baik-baik saja, tetapi bila saya cuba untuk minum segelas air, ia tidak mahu turun. Saya harus membungkuk untuk membiarkan air dapat masuk ke dalam kerongkong,” catatnya.
Dia kemudian merasakan ada sesuatu yang menekan di dalam dadanya. Tetapi Gauthier merasakan ia hanyalah kerana kerongkongnya yang kering.
Selepas itu, dia terus mencari AirPod yang dipakai sebelum tidur, tetapi dia hanya menemui sebelah saja.
Anaknya, Owen secara bergurau berkata kepada ibunya Heather, yang mungkin bapanya (Gauthier) telah menelan satu pasang lagi semasa sedang tidur.
Bagi mendapatkan kepastian, Gauthier telah pergi ke hospital dan terus ke bahagian kecemasan untuk menjalani imbasan (X-ray) dan ternyata tekaan isteri dan anaknya adalah benar.
Terdapat satu AirPod tersangkut di bahagian bawah kerongkongnya. Lalu doktor terus melakukan endoskopi untuk mengeluarkan alat tersebut.
Menurut Gauthier, AirPod tersebut masih berfungsi tetapi bunyinya tidak sebaik dulu. Oleh itu, dia mungkin perlu membeli yang baru bagi menggantikannya.
“Berhati-hati apabila menggunakan AirPod apabila anda hendak tidur kerana anda tidak tahu di mana ia akan pergi seterusnya,” nasihat Gauthier kepada semua.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]