Manusia terkotor di dunia, tak mandi selama 60 tahun

Manusia terkotor di dunia, tak mandi selama 60 tahun

Amou Haji berusia 80 tahun ini tinggal di desa Dezhgah, Kermanshah, Iran dan telah menghabiskan 60 tahun tidak mandi.

Amou enggan menyentuh air, mengakibatkan dirinya tampak kotor dan berdebu. (Gambar Instagram)

Berasal dari Iran, lelaki bernama Amou Haji ini dikatakan manusia paling kotor di dunia kerana tidak mandi hampir 7 dekad.

Amou Haji berusia 80 tahun tinggal di desa Dezhgah, Kermanshah, Iran dan telah menghabiskan 60 tahun tidak mandi.

Amou enggan menyentuh air, mengakibatkan dirinya tampak kotor dan berdebu malah, kulit dan rambutnya turut diselaputi dengan debu dan kotoran.

Apabila ditanya mengapa dia membiarkan dirinya menjadi begitu, Amou berkata bahawa dia takutkan air kerana itulah dia tidak mandi.

Sejak berusia 20-an, Amou percaya jika dia mandi, maka dia akan jatuh sakit. Malah, Amou sendiri menjalani kehidupan terpencil akibat masalah emosi sewaktu muda.

Lebih memeranjatkan, Amou juga punya kebiasaan makan bangkai haiwan dan katanya, makanan kegemaranya adalah landak.

Katanya lagi, dia suka menghabiskan masa dengan merokok tetapi rokok yang digunakan tidak mengandungi tembakau. Sebaliknya dia lebih suka menggunakan paip berkarat untuk merokok kotoran haiwan.

Walaupun takut pada air, Amou tetap minum sebanyak 5 liter air sehari. Air yang diminumnya juga dari air yang berkarat.

Untuk memotong rambut, dia memilih dengan membakarnya menggunakan api.

Amou akan membiarkan rambutnya tumbuh sehingga paras bahu sebelum membakarnya. Begitu juga dengan misai dan janggut.

Dia juga memilih untuk tinggal di lubang dalam tanah seumpama kubur.

Walaupun menjalani kehidupan berbeza, Amou tetap mendapat bantuan dari orang-orang sekelilingnya.

Malah, mereka merasa kasihan dengan kehidupan lelaki tersebut dan bercadang ingin membina pondok batu-bata terbuka untuknya.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.