
Seorang cef wanita Mesir ditahan baru-baru ini kerana membuat kek yang disifatkan lucah berbentuk alat sulit dan pakaian dalam seksi.
Berita mengenainya menjadi viral apabila gambar-gambar kek yang ‘tidak sopan’ tersebut dikongsikan oleh sekumpulan wanita di media sosial pada satu majlis, lapor Daily Mail.
Menurut The Independent, sekumpulan wanita berusia yang makan tengah hari di sebuah kelab mewah membuka kotak manisan yang ditempah namun terkejut apabila mendapati kesemua kek di dalamnya berbentuk alat sulit lelaki dan wanita.
Menurut laporan, kek berkenaan sebenarnya ditempah khas untuk parti bujang seorang pengantin tetapi tersilap dihantar kepada mereka.
Kumpulan rakan itu bagaimanapun menganggap kejadian itu melucukan lalu memakannya dan mengambil gambar. Mereka kemudian memuat naik ke akaun Facebook kelab berkenaan.
Malangnya, gambar berkenaan sampai ke pengetahuan pihak berkuasa, hingga menyebabkan pembuat kek tersebut ditahan. Dia bagaimana pun dibebaskan dengan jaminan £230 selepas mengaku membuat manisan berkenaan.
Pihak berkuasa turut mengenal pasti tiga individu lain yang terbabit dalam majlis yang diadakan di kelab sukan mewah di Kaherah itu.
Pihak berkuasa agama menyelar kek berkenaan yang dianggap mampu menggugat nilai moral.
Peguam hak asasi, Negad El Borai bagaimanapun mempertahankan tindakan wanita berkenaan yang disifatkan sebagai ‘wanita berusia yang sekadar berseronok membuat sesuatu yang berbeza berbanding rutin harian mereka.’
Katanya, wanita-wanita berkenaan turut digantung keahlian kelab mereka.
Akhbar al-Watan melaporkan, pihak berkuasa turut membuat pemeriksaan di ibu pejabat Kelab Sukan Gezira iaitu lokasi majlis berkenaan.
Tidak kurang juga yang mengkritik perbuatan wanita terbabit di media sosial dengan seorang pengguna menyelar sebagai perbuatan yang tidak boleh diterima.
“Ada 100 cara lain untuk meraikan sesuatu tanpa zakar dan faraj,” katanya.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]