
Inilah masanya untuk menyusun resolusi tahun baru anda. Resolusi tahun baru tidak perlu berkisar pada azam peribadi sahaja, anda juga boleh membuat beberapa perubahan untuk rumah dan jadikan ruang kediaman lebih selesa dan tenang.
Berikut adalah beberapa cara untuk memulakan resolusi mengindahkan kediaman anda di tahun baru ini.
1. Bersihkan dapur

Kemaskan dapur, buang barang yang tidak perlu. Fikirkan bagaimana kabinet dapur boleh mempunyai lebih banyak ruang simpanan atau lebih teratur ketika mengisi semula dan menyusun barang pantri anda.
Idealisasikan dapur impian anda dan segarkan kawasan dengan membaik pulih kabinet atau tukar kabinet baharu. Ini pasti akan memberi anda lebih semangat untuk memasak buat orang tersayang.
2. Cat bahagian dalam rumah

Warna bilik dapat menentukan suasana ruang. Segarkan ruang anda dengan lapisan cat baharu yang sesuai dengan warna dalaman yang anda inginkan. Anda juga boleh menambahkan sedikit tekstur dengan lukisan dinding untuk penampilan kontemporari tetapi unik.
3. Bersihkan tilam

Tahukah anda, manusia menghabiskan ⅓ umur mereka dengan tidur? Oleh itu, kebanyakan masa dihabiskan di atas tilam.
Untuk tahun baru ini, bersihkan tilam dari kotoran bakteria yang terkumpul di dalamnya. Atau jika tilam terlalu lama, beli satu yang baharu. Tidak salah untuk mengeluarkan sedikit belanja untuk meningkatkan kualiti tidur dan memberi ketenangan untuk hari-hari yang lebih baik di tahun ini.
4. Baiki bahagian rumah yang rosak

Mulakan tahun anda dengan menyelesaikan masalah rumah yang telah anda kumpulkan pada tahun 2020. Periksa setiap sudut, perkakas atau peralatan di rumah. Dengan melakukan pembaikan ini, anda bukan hanya menjaga keadaan rumah tetapi juga dapat menjaga keselamatan keluarga anda.
Artikel ini telah diterbitkan pertama kali di kaodim.com
Salah satu platfom perkhidmatan tempatan yang sedang berkembang maju di Asia Tenggara. Kaodim menghubungkan pengguna kepada penyedia perkhidmatan tempatan persendirian dan profesional – dengan pantas dan bebas gangguan. Dengan aplikasi Kaodim, pengguna boleh mengakses kepada perkhidmatan profesional untuk pengubahsuaian rumah, pembersihan pejabat dan banyak lagi.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]