5 sebab mengapa teh hijau sangat mujarab

5 sebab mengapa teh hijau sangat mujarab

Teh hijau dikatakan mempunyai banyak manfaat kepada kesihatan dan mempunyai lebih dari 400 sebatian organik di dalamnya.

Sencha yang dibancuh dengan sempurna. (Gambar Secai Marche)
PETALING JAYA:
Terdapat banyak teh herba di pasaran, mulai dari teh bunga raya dan oolong hingga “earl grey” dan bunga kekwa. Tetapi ia tidak semenarik teh hijau.

Hidangan teh tertua yang direkodkan adalah pada tahun 815 di Shoku Nihon Koki ketika Maharaja Saga ditawarkan teh di sebuah kuil. Pada waktu itu, minuman ini dianggap mewah dan hanya dinikmati oleh pegawai agama, kerabat diraja dan golongan elit di Jepun.

Teh Jepun atau hijau ini terdapat dalam pelbagai jenis seperti Sencha, Gyokuro, Fakamushi, Genmaicha, Houjicha dan banyak lagi.

Bagi kita mungkin tidak ada banyak perbezaan dari segi rasa tetapi proses yang digunakan dalam penuaian teh hijau adalah berbeza.

Teh hijau dikatakan mempunyai banyak manfaat kepada kesihatan dan mempunyai lebih dari 400 sebatian organik di dalamnya.

Kerana itulah, secawan teh hijau setiap hari boleh meningkatkan kesihatan anda.

Teh Yulu adalah sejenis the hijau Jepun. (Gambar Secai Marche)

1. Mengandungi bahan antioksidan

Nutrien paling penting dalam teh hijau adalah “catechins” iaitu antioksidan yang kuat. Ia dikatakan dapat mengurangkan pembentukan radikal bebas dan tekanan oksidatif di dalam badan.

Sifat antioksidan yang terdapat dalam teh hijau dikatakan berupaya mengurangkan tanda-tanda penuaan seperti kedutan, garis halus, hiperpigmentasi dan tekstur kulit.

“Matcha” adalah serbuk halus dari daun teh hijau. (Gambar Secai Marche)

2. Penguat tenaga dan fungsi otak

Walaupun teh hijau tidak mengandungi banyak kafein, ia dikatakan sebagai penambah tenaga dan fungsi otak.

Teh hijau mengandungi jumlah “L-theanine” paling tinggi, iaitu nutrien yang diketahui dapat memberi sokongan, meningkatkan daya tumpuan dan kecergasan.

Malah, sedikit dos teh hijau dipercayai dapat menenangkan kegelisahan dan menghilangkan rasa gementar.

3. Membantu meningkatkan kesihatan jantung

Penyelidikan menunjukkan bahawa kerap minum teh hijau dapat meningkatkan kesihatan jantung.

Polifenol dalam teh hijau mempunyai sifat anti radang yang menenangkan lapisan saluran darah yang mengawal tekanan darah.

Mengurangkan tekanan darah bemaksud akan mengurangkan pembentukan gumpalan dan plak yang berpotensi menyebabkan strok atau serangan jantung. Teh hijau bukan sahaja baik untuk saluran darah tetapi untuk seluruh sistem peredaran darah.

4. Membantu menurunkan berat badan

Sebatian “polyphenolic” dalam teh hijau dikatakan dapat membantu meningkatkan metabolisma dan hormon pembakar lemak. Jadi teh hijau adalah minuman terbaik sebelum bersenam.

Ingatlah, teh hijau bukanlah ubat ajaib yang dapat membuang lemak tetapi ia adalah penggalak untuk gaya hidup sihat.

Tidak seperti teh hijau lain, teh Hojicha datang dalam warna coklat kemerahan. (Gambar Secai Marche)

5. Bertindak sebagai diuretik semula jadi

Teh hijau juga kaya dengan sifat diuretik semula jadi. Oleh itu, minuman teh hijau dikatakan dapat membantu mengurangkan risiko jangkitan saluran kencing dan menghilangkan lebihan cairan di dalam badan.

Dua atau tiga cawan sehari dapat membantu membuang toksin.

Terdapat pelbagai perisa dan ia bergantung kepada suhu pembuatannya dan bancuhannya. (Gambar Secai Marche)

Penyediaan teh hijau

Rasa teh hijau akan ditentukan melalui suhu dan berapa lama ia dibancuh.

Membancuh teh hijau pada suhu rendah akan meningkatkan rasa manisnya dan membancuh pada suhu tinggi untuk jangka masa yang lebih lama akan menerbitkan lebih banyak rasa pahit.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.