
Kita akan sampai ke akhir tahun tetapi lihat almari pakaian anda. Cuba lihat pakaian yang anda pakai sehari-hari. Adakah berbaloi menyimpan kesemua pakaian tersebut di dalam almari?
Atau adakah almari anda cukup rapi dan teratur atau hanya sedikit terkawal? Lihat tips di bawah cara bijak untuk mengatur pakaian di dalam almari anda.
1. Lakukan penilaian
Cuba nilai sendiri, adakah anda memerlukan kesemua pakaian tersebut?
Pertimbangkan:
Apa yang belum dipakai?
Apa yang tidak mungkin digunakan?
Apa yang perlu disimpan?
Adakah pakaian tersebut lebih baik diberi kepada yang kurang bernasib baik?
Ketahui bagaimana pakaian di dalam almari anda dapat memenuhi keperluan asas dan cara yang lebih praktikal yang akan mengurangkan jumlah barang yang harus diatur. Ini adalah langkah yang sangat mustahak sebelum melakukan pengubahsuaian besar almari atau ruang simpanan anda.
2. Libatkan keluarga
Sekiranya anda berurusan dengan almari anak atau ahli keluarga, tanya mereka tentang barangan yang diperlu dan tidak perlukan (termasuk mainan, buku dan aksesori).
Keluarkan sebanyak mungkin barang yang tidak diperlukan. Yakinkan mereka bahawa untuk mendapatkan yang baru, mereka harus membersihkan yang lama.
3. Asingkan pakaian
Atur barangan atau pakaian mengikut fungsi, mood atau warna. Ini akan memudahkan anda mencari pakaian dan tidak membazir masa setiap kali ingin mencari pakaian.
Contoh: asingkan pakaian kerja, pakaian hujung minggu dan pakaian majlis. Kumpulkan semua blaus di satu hujung, gaun kasual di tengah, gaun mewah di hujungnya.
4. Maksimumkan semua ruang
Cuba isi tempat kosong di dalam almari dengan lebih praktikal seperti cipta ruang untuk tali leher, payung dan aksesori kecil.
Gantung atau pasangkan di mana sahaja ia berfungsi. Contoh: pasangkan papan pasak di bahagian dalam pintu almari untuk item yang lebih kecil.
Simpan barang yang sering dipakai dalam rak yang mudah dijangkau.
5. Tambahkan pencahayaan atau cermin
Pencahayaan akan menjadikan pencarian barang yang anda aturkan menjadi lebih mudah.
Bagi rak yang sukar dijangkau, tambahkan lampu LED di sudut rak.
Sekiranya anda mempunyai ruang untuk itu, tambahkan juga cermin panjang untuk melancarkan proses berpakaian anda.
6. Kreatif dengan penyimpanan.
Sekiranya anda tidak mempunyai pintu almari, cuba tambahkan tirai sebagai penutup.
Tambahkan laci atau kotak kecil untuk perhiasan supaya anda dapat melihat barang yang dimiliki dengan segera.
Simpan pakaian peribadi (seluar dalam dan pakaian dalam) dalam plastik yang jelas dilihat.
Asingkan dan gulung selendang, tali pinggang dalam kotak lain. Labelkan jika perlu.
Artikel ini telah diterbitkan pertama kali di kaodim.com
Salah satu platfom perkhidmatan tempatan yang sedang berkembang maju di Asia Tenggara. Kaodim menghubungkan pengguna kepada penyedia perkhidmatan tempatan persendirian dan profesional – dengan pantas dan bebas gangguan. Dengan aplikasi Kaodim, pengguna boleh mengakses kepada perkhidmatan profesional untuk pengubahsuaian rumah, pembersihan pejabat dan banyak lagi.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]