
Digunakan sebagai rempah semulajadi secara turun temurun dalam menu masyarakat Asia, kunyit dikenal pasti sebagai agen rawatan penyakit radang sendi atau Rheumatoid Arthritis.
Para penyelidik daripada Universiti Arizona, Tucson, Amerika Syarikat telah menemui daya antirematik di dalam kunyit. Kandungan NF-kappa B yang terdapat di dalamnya berupaya mengendalikan aktiviti yang mengakibatkan peradangan di bahagian sendi manusia.
Sari kunyit itu didapati amat efektif untuk mengubati pembengkakan sendi yang dialami. Disebabkan tindak balasnya yang luar biasa itu, para pengkaji sedang berusaha untuk menghasilkan suplemen kunyit bagi membantu individu yang menghidapi penyakit tersebut.
Namun begitu, anda harus berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat sebelum mengambilnya.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]