Agong dibenar keluar IJN

Agong dibenar keluar IJN

Baginda keluar pada 11.30 pagi sebaik selesai menjalani pemeriksaan kesihatan dan rawatan susulan.

Ujian MRI sebelum ini menunjukkan Yang di-Pertuan Agong cedera pada sendi lutut dan buku lali ketika bersukan. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dibenarkan keluar dari Wad Diraja Institut Jantung Negara (IJN), di sini, hari ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Ahmad Fadil Shamsuddin ketika dihubungi Bernama mengesahkan, Seri Paduka dibenarkan keluar dari IJN pada 11.30 pagi ini setelah selesai menjalani pemeriksaan kesihatan dan rawatan susulan sejak Sabtu lalu.

Ahad lalu, Fadil menerusi satu kenyataan memaklumkan pemeriksaan kesihatan dan rawatan susulan itu adalah berkaitan rawatan intervensi pada sendi lutut dan buku lali yang dijalani oleh Seri Paduka di IJN pada 24 Sept lalu.

Menurutnya, intervensi itu dibuat setelah Imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) menunjukkan kecederaan pada sendi lutut dan buku lali Sultan Abdullah ketika bersukan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.