
Selain menyiram dan meletakkan pokok hiasan pada cahaya matahari, baja juga perlu diberikan kepada tanaman agar ia kekal subur dan menghijau. Namun, kadang-kala akibat kengkangan masa, tanaman dibiarkan tanpa baja yang sesuai.
Sememangnya selain baja, anda juga boleh meletakkan campuran larutan air garam pada pokok untuk membantu ia tumbuh dengan subur.
Bagaimana caranya:
Jangan tabur garam terus pada tanaman hiasan anda kerana ia akan menghilang nutrien penting pada tanah. Nutrien ini penting untuk tanaman tumbuh dengan baik dan menyerap akar pokok.
- Cara pertama adalah dengan melarutkan garam menggunakan air. Larutkan satu sudu teh garam ke dalam satu liter air. Kacau rata dan siramkan larutan ini pada tanaman dua minggu sekali.
- Cara kedua ialah dengan mencampurkan garam dengan bahan lain sebagai baja. Bahan-bahan lain adalah seperti sampah organik iaitu sisa sayuran atau kulit telur. Ianya mampu menyuburkan tanaman.
Berbagai manfaat garam kepada tanaman
1. Menguatkan tanaman
Garam memiliki kandungan natrium dan klorida yang membuat tanaman hiasan lebih kuat dan tidak mudah diserang penyakit. Menggantikan garam sebagai baja juga akan mempercepatkan pertumbuhan pokok hiasan anda.
2. Meningkatkan kualiti daun
Salah satu masalah yang sering dialami oleh tanaman hiasan adalah daun yang mudah rosak. Cuba siram sedikit larutan air garam pada tanah pokok hiasan anda. Anda akan lihat bagaimana daun mula berubah menjadi cantik dan sihat serta tidak bekerinting.
3. Menjauhkan tanaman dari hama dan penyakit
Menyiram air larutan garam ke dalam pasu bunga akan menghindarkan ia dari diserang penyakit. Ia juga akan mengusir hama atau serangga perosak daripada singgah ke pokok tanaman anda.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]