
Adakah tangan anda kerap terasa kasar atau kering? Punca kulit tangan menjadi kasar adalah kerana aktiviti harian seperti mencuci pinggan mangkuk dan pakaian. Kita juga sering mengabaikan perawatan tangan menjadikan kulit terbiar menjadi kasar dan rosak. Berikut adalah cara mudah untuk mendapatkan kulit tangan yang halus dan lembut.
1. Air hangat
Rendam tangan dalam air hangat selama 10 minit. Untuk kesan yang lebih menenangkan, tambah beberapa titis minyak essential seperti lavender untuk memaksimakan proses rendaman. Lakukan selalu, lebih sesuai setelah melakukan kerja-kerja harian di rumah dan lihatlah hasilnya.
2. Kopi
Kopi ternyata amat berkesan digunakan sebagai skrub untuk membuang sel kulit mati pada tapak tangan kasar. Anda hanya perlu menggosokkan hampas kopi yang telah dicampur sedikit air pada tapak tangan yang kasar. Biar selama 5 minit dan bilas dengan air mengalir.
3. Lidah buaya
Sapukan gel lidah buaya pada telapak tangan yang kasar dan biarkan kering. Biarkan beberapa minit dan kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan selalu dan lihatlah hasilnya.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]