“Telitinya dia buat kerja…,” bakti akhir penggali kubur raih perhatian

“Telitinya dia buat kerja…,” bakti akhir penggali kubur raih perhatian

MrBoyB Nordin tidak pandai menukang rumah tapi mahir menggali kubur.

MrBoyB Nordin mengabadikan hasil ‘pertukangannya’ di Facebook. (Gambar Facebook)

Rasa insaf bertukar kagum sebaik melihat perkongsian pemilik akaun MrBoyb Nordin di laman Facebook Tukang Apa Hari Ini.

Mana tidaknya, ‘destinasi akhir’ bagi insan yang sudah pergi buat selama-lamanya lazimnya mendatangkan rasa gerun sebaliknya kerja tangan penggali kubur muda dari Kota Tinggi Johor ini cukup kemas dan teliti.

Apa yang pasti kumpulan Tukang Apa Hari Ini yang memperlihatkan ahli-ahlinya berkongsi hasil kerja pertukangan masing-masing menerima kelainan yang mengejutkan kali ini.

Menerusi hantarannya, MrBoyb Nordin menjelaskan dia tidak pantai menukang rumah tetapi hanya tahu menggali kubur.

“Assalamualaikum, Alhamdulillah Job Hari Ni overtime sampai malam. Saya tak pandai tukang rumah. Saya cuma pndai tukang ni je.

“Semoga Rohnya dicucuri rahmat di tempatkan bersama org-orang yang beriman. Al fatihah.
“Salam kenal dari Geng Lahad 7 Kg Felda Air tawar2 Kota Tinggi Johor,” tulisnya.

Difahamkan setakat ini perkongsian itu telah mendapat lebih 16 ribu tanda suka dan 821 perkongsian.

Rata-rata warganet memuji kerja tangannya yang sangat kemas dan teliti. Tidak kurang juga yang mendoakan dia diberi ganjaran kebaikan di atas tugas yang dilaksanakan itu.

Berikut antara komen menarik warganet.

Rizal Mohd:
Nampak kemas sangat dan cantik. Semoga roh arwah di tempatkan di sisi insan beriman & beramal soleh.

Syabas buat encik MrBoyb Nordin dan team. Semoga kalian sentiasa dirahmati dan diberkati Aamiin.

Fairuz Yusoff:
Tukang ni lagi kaya di akhirat kelak

Luahan Hati:
Fuh telitinye buat kejaaa..Kmas! Skemas rmbut pacak! Xjejas lgsg

Shafei Yusoff:
Allahu… tahniah anak muda..kamu dipilih oleh Allah utk curahkan bakti terakhir untuk saudara2 mu..moga Allah kurniakan kehidupan yang berkah didunia dan ganjaran amal soleh di akhirat kelak…

Ess Urey:
Tak semua org reti/mampu/sanggup tukang yg satu ni. Syabas. Semoga Allah membalas perbuatan baik tuan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.