onBaza fokus bantu peniaga kecil

onBaza fokus bantu peniaga kecil

Aplikasi khidmat penghantaran makanan yang baru dilancarkan tahun lalu akan memberi fokus kepada peniaga di seluruh Lembah Klang.

Salah seorang penghantar makanan onBaza mengambil tempahan makanan daripada peniaga untuk dihantar kepada pelanggan. (Gambar onBaza)

Terkesan dengan pandemik Covid-19 menyebabkan ramai peniaga sama ada menunggu masa untuk gulung tikar atau sudah pun menutup operasi mereka.

Mahu atau tidak, mereka terpaksa akur dan mencari alternatif lain untuk meneruskan kelangsungan perniagaan iaitu dengan memanfaatkan khidmat penghantaran makanan secara atas talian.

Antara kemudahan terbaru boleh digunakan oleh peniaga kecil ini ialah onBaza iaitu sebuah lagi aplikasi khidmat penghantaran makanan yang memberi fokus di kawasan Lembah Klang.

Muhammad Hazwani Ahmad, Pengarah Urusan onBaza.

Menurut Pengarahnya, Muhammad Hazwani Ahmad, mereka ingin membantu peniaga kecil-kecilan dan bersaiz sederhana untuk terus melakukan jualan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Katanya, lebih menarik lagi apabila aplikasi itu juga boleh digunakan oleh peniaga makanan yang berniaga dari rumah tidak kira menjual produk seperti bergedil, cendol, nasi lemak atau makanan barat.

“Kita sedar banyak perniagaan kecil terpaksa ditutup kerana tidak dapat beroperasi di pasar malam selain mengalami kerugian besar akibat pandemik.

“Tidak kurang juga ramai yang menganggur dan golongan suri rumah juga cuba menambah pendapatan dengan berniaga makanan dari rumah dan dijual secara atas talian.

“Menerusi onBaza, kita yakin dapat membantu peniaga mencapai peluang pasaran lebih luas dengan khidmat penghantar secara terus kepada pelanggan di sekitar Lembah Klang,” katanya.

Sejak ditubuhkan pada Mac tahun lalu, aplikasi itu sudah menerima pendaftaran daripada lebih 200 vendor terutama dari Gombak, Setapak, Wangsa Maju dan kini berkembang ke seluruh Kuala Lumpur.

Kak Na (kiri) dan Mek (kanan) antara peniaga yang menggunakan khidmat onBaza. (Gambar onBaza)

Ros Izzati Abdul Razak atau Kak Na antara peniaga yang terjejas akibat PKP. Namun, sejak menggunakan perkhidmatan onBAza, perniagaannya yang beroperasi di UTC Sentul kembali rancak .

Manakala Sitari Abdullah atau lebih mesra dengan panggilan Mek amat bersyukur apabila melihat jualannya meningkat walaupun masih baru menggunakan platform ini.

Muhammad Hazwani berkata, sehingga kini aplikasi itu dimuat turun oleh 1,000 pengguna manakala vendor serta menu sentiasa bertambah pada setiap minggu.

Menurutnya lagi, orang ramai juga tidak perlu ragu-ragu dengan status halal makanan dan minuman dijual oleh vendor mereka kerana semuanya dijamin halal.

“Permintaan terhadap perkhidmatan penghantaran makanan halal semakin meningkat dan dengan kewujudan onBaza ini kita harap pelanggan tidak lagi ragu-ragu dengan statusnya,” katanya.

Penghantar makanan onBaza menghantar makanan kepada pelanggan. (Gambar onBaza)

Katanya, dia mempunyai perancangan untuk mengembangkan perkhidmatan ke seluruh Lembah Klang menjelang akhir tahun ini selain menambah bilangan penghantar makanan bagi melancarkan perkhidmatan.

“Kita sehingga kini sudah mempunyai 30 penghantar dan memerlukan lebih ramai lagi. Caranya mudah iaitu mereka yang berminat hanya perlu memuat turun aplikasi dan mendaftar terus. Mereka hanya perlu memiliki lesen motosikal saja,” katanya.

Sepanjang Jun ini, onBaza menawarkan promosi menarik iaitu diskaun 50 peratus bagi semua makanan dan minuman yang dibeli daripada enam vendor terpilih dengan menggunakan kod promo ‘BIG6’ pada hari Isnin dan Jumaat.

Mengenai kos penghantaran pula, pesanan yang dibuat dalam kawasan lima kilometer pertama tidak akan dikenakan caj dan setiap tambahan kilometer berikutnya dikira pada kadar amat rendah iaitu RM1/km.

Anda boleh memuat turun aplikasi onBaza daripada Google Play Store dan Apple App Store dan untuk maklumat lanjut, sila layari onbaza.com atau www.facebook.com/onbazamalaysia

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.