
Sudah hampir setahun sejak pandemik Covid-19 melanda yang menyebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di Malaysia.
Hari ini, kesan susulan pandemik itu agak terasa apabila ia mengubah cara hidup dan cara kerja rakyat di negara itu.
Berikutan itu, kebergantungan terhadap pendigitalan juga semakin berkembang memandangkan ramai pekerja terpaksa bekerja dari rumah, membeli barangan secara online, menghadiri majlis secara maya dan pelbagai lagi.
Ketika golongan dewasa menyesuaikan diri dengan keadaan itu, sektor pendidikan turut menerima tempias.
Menurut UNESCO, hampir lapan juta murid dan pelajar di negara ini terkesan dengan penutupan sekolah disebabkan pandemik.
Mengambil kira tempoh penutupan penuh dan pembukaan kembali sekolah, secara puratanya mereka hanya hadir ke sekolah sekitar lima hingga enam bulan tahun lalu.
Daripada jumlah ini, tiga juta murid sekolah rendah tercicir persekolahan iaitu peringkat di mana EDUKATE yakin ia mewakili keseluruhannya dalam pembangunan kanak-kanak.
EDUKATE ialah program selepas sekolah secara online yang diwujudkan untuk membantu murid sekolah rendah belajar dengan lebih berkesan.
Ia menawarkan pelajar menggunakan satu platform e-pembelajaran lebih tinggi yang direka bagi silibus di Malaysia.
Platform ini adalah bantuan sokongan yang menyediakan murid dengan pengalaman belajar menerusi sesi pembelajaran multimedia, e-buku, ujian dan permainan berkaitan pendidikan.
Secara ringkasnya, EDUKATE ingin menyelesaikan masalah awal yang dihadapi dalam pembelajaran secara online ketika situasi pandemik ini.

MASALAH: Kurang kawalan dalam suasana online menyebabkan perkembangannya tidak dipantau
Ketika guru melakukan yang terbaik mengendalikan kelas online (Malaysia muncul sebagai negara kedua terbesar menggunakan Google Classroom ketika tempoh PKP), terdapat rasa tidak puas hati bahawa guru tidak dapat mengajar semua silibus secara berkesan disebabkan kekangan teknologi dan persekitaran.
PENYELESAIAN: Menerusi EDUKATE, kanak-kanak boleh memilih dan mempelajari topik mengikut silibus di Malaysia dan memberi fokus terhadap bahagian yang lemah pada bila-bila masa dan di mana-mana saja.
Dengan EDUKATE juga, mereka boleh mempelajari subjek atau topik tertentu dengan mendalam mengikut rentak masing-masing sebagai tambahan kepada apa yang sudah dipelajari menerusi kelas online.
MASALAH: Kurang pemahaman menyebabkan ibu bapa tidak mengambil bahagian secara aktif dalam pembelajaran anak mereka
Sebagai ibu bapa yang terus bekerja dari rumah, mereka juga harus terbabit secara aktif dalam aktiviti pembelajaran secara online anak-anak dan mencari jalan supaya mereka terus belajar.
Bagaimana pun, ramai ibu bapa tidak tahu mengenai prestasi dan perkembangan anak mereka sekali gus tidak dapat menyumbang seperti yang dimahukan.
Mereka mungkin tidak tahu kekuatan dan kelemahan anak masing-masing apabila berkaitan dengan mempelajari silibus sendiri pada masa sama tidak tahu bahagian mana yang perlu diberi fokus.
PENYELESAIAN: Melalui laporan menyeluruh EDUKATE, ibu bapa boleh memainkan peranan secara aktif untuk memantau perkembangan anak mereka di sekolah.
Laporan itu dikategorikan kepada enam komponen iaitu Pengetahuan, Pemahaman, Aplikasi, Analisis, Sintesis dan Penilaian.
EDUKATE dibangunkan menggunakan teknologi E-Pembelajaran bertaraf dunia yang digunakan lebih 25 juta pengguna di seluruh dunia termasuk institusi pendidikan ternama seperti Oxford, Cambridge, BYU dan penerbit buku seperti Pearson, Harper Collins.

MASALAH: Daya penumpuan yang pendek di kalangan pelajar
Kanak-kanak juga berdepan dengan pelbagai jenis gangguan. Dengan hanya lima hingga enam minit tahap penumpuan bagi murid sekolah rendah, alat bantuan mengajar harus lebih menarik dan menghiburkan bagi mendapatkan perhatian mereka untuk belajar.
Jika orang dewasa mendapati agak sukar untuk memberi tumpuan ketika mesyuarat diadakan di Zoom, apa lagi kanak-kanak yang berusia sepuluh tahun?
PENYELESAIAN: Di platform EDUKATE, kanak-kanak boleh belajar dengan pelbagai kelas online interaktif, permainan dan penilaian.
Untuk memberi motivasi supaya terbabit secara aktif, EDUKATE Reward4Learning memberi insentif kepada mereka menerusi sistem mata, memberi ganjaran sepanjang pembelajaran, membaca e-buku mereka, mengambil ujian malah berkongsi kelas dengan rakan lain.
Yuran berpatutan
Ketika pendapatan isi rumah terjejas dengan pandemik, EDUKATE kini boleh dinikmati oleh murid sekolah rendah dengan yuran berpatutan sebanyak RM360 atau yuran dwi-bulanan sebanyak RM80 untuk subjek Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
Perancangan juga kini dilakukan supaya ia dapat diperluaskan kepada subjek lain mengikut silibus di Malaysia.
Tempoh yang diambil untuk keadaan kembali normal mungkin agak panjang namun kualiti pendidikan kanak-kanak tidak harus diketepikan.
Ketika golongan dewasa menerima perubahan ke arah pendigitalan, perkara sama harus berlaku terhadap bidang pendidikan dengan memberi akses terhadap pendidikan berkualiti.
Tawaran terhad
Nikmati diskaun 10 peratus hari ini apabila anda menggunakan kod promo “FMT” untuk mendaftar anak anda membuka akaun EDUKATE.
Ini adalah peluang anda melengkapkan pembelajaran secara online dengan program selepas sekolah ini untuk membantu anak-anak belajar dengan lebih berkesan sekali gus membentuk asas pendidikan lebih kukuh untuk jangka masa panjang.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]