Pink Unity beri sumbangan kepada Hospital Kuala Lumpur

Pink Unity beri sumbangan kepada Hospital Kuala Lumpur

Sebanyak 50 pelitup muka, 50 sabun dan 50 skaf telah disumbangkan kepada HKL yang mana barangan tersebut telah dihasilkan oleh pengidap kanser dan ahli-ahli Pink Unity sendiri.

Lena Abdullah, wakil Pink Unity menyampaikan sumbangan kepada Dr Rosilawati Binti Jaudin. (Gambar Pink Unity)
PETALING JAYA:
Bersempena dengan bulan kanser dunia, Pink Unity telah memberi sumbangan kepada Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebagai agensi pertama yang dipilih dalam Projek Komuniti Pink Unity.

Pink Unity adalah sebuah pertubuhan amal untuk bekas pesakit kanser di bawah Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) yang menyediakan perkhidmatan pendidikan, penjagaan dan sokongan kepada pesakit kanser dan orang awam.

Sebanyak 50 pelitup muka, 50 sabun dan 50 skaf telah disumbangkan kepada HKL yang mana barangan tersebut telah dihasilkan oleh pengidap kanser dan ahli-ahli Pink Unity sendiri.

Ia merupakan antara usaha bagi memberi dorongan dan semangat kepada lebih ramai pesakit kanser di negara ini untuk turut serta dalam aktiviti tersebut.

Sumbangan kepada Hospital Kuala Lumpur. (Gambar Pink Unity)

Pink Unity turut berharap aktiviti-aktiviti seperti ini perlu melibatkan pesakit dan bekas pesakit kanser serta tenaga frontliners di Jabatan Radioterapi dan Onkologi, Hospital Kuala Lumpur.

Program dimulakan dengan ucapan dan taklimat ringkas mengenai Pink Unity disampaikan oleh Lena Abdullah.

Diikuti dengan penyerahan barangan pelitup muka, sabun dan skaf hasil kerja tangan daripada bekas pesakit kanser Pink Unity kepada staf dan juga pesakit kanser HKL.

Program dihadiri oleh Dr Rosilawati Binti Jaudin (Timbalan Pengarah Sokongan Klinikal, HKL), Dr Nor Asyura Binti Muhamad (Ketua Penolong Pengarah Kanan, HKL), Zahiruddin Bin Zulkifli(Penolong Pegawai Perhubungan Awam, HKL) dan Matron Maznah (Jabatan Onkologi, HKL)

Antara yang hadir bersama barangan sumbangan kepada HKL. (Gambar Pink Unity)

Turut hadir adalah ahli- ahli Exco Pink Unity diketuai Lena Abdullah, Lee Chooi Lan, YM Tengku Salmah, Hashimah Hassan Marcy & Noorzailawati serta wakil dari NCSM, Adeline Joseph.

Pertemuan tersebut telah membuka langkah kepada beberapa program selanjutnya antara Pink Unity dan Hospital Kuala Lumpur, dan semoga perancangan yang telah dibincangkan dapat dilaksanakan sekaligus memberi manfaat kepada kumpulan sasar.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.