5 filem animasi barat tampilkan wanita sebagai tunjang utama

5 filem animasi barat tampilkan wanita sebagai tunjang utama

Beberapa watak filem animasi wanita turut menjadi ikon yang mengangkat pelbagai nilai murni kepada generasi muda.

Filem animasi menampilkan wanita sebagai tunjang utama.

Sambutan Hari Wanita Antarabangsa adalah hari yang memberi pengiktirafan kepada wanita yang melakar sejarah dan kejayaan dalam pelbagai bidang serta kehidupan.

Selain beberapa nama tokoh wanita terkenal yang menjadi sebutan sepanjang zaman, beberapa watak filem animasi wanita turut menjadi ikon yang menggambarkan keberanian dan pelbagai nilai murni kepada generasi muda.

Ini adalah lima filem animasi barat yang memaparkan watak wanita yang boleh memberi inspirasi kepada penonton cilik di luar sana!

1. Mulan

Filem Mulan, menggambarkan watak seorang wanita berani yang menyamar lelaki bagi menggantikan ayahnya untuk menyertai tentera. (Gambar Disney)

Jika ingin melihat watak yang paling memecah tradisi wanita, Mulan adalah contoh terbaik.

Bapa Mulan ialah bekas tentera yang dipanggil untuk menyertai perang biarpun keadaan fizikalnya agak uzur.

Mulan, seorang watak perempuan yang berani dan mempunyai keyakinan diri menyamar sebagai lelaki untuk menggantikan bapanya menyertai tentera.

Filem ini cuba memaparkan ketika era sebelum wujudnya kesaksamaan gender apabila wanita akan ditertawakan sekiranya cuba melakukan sesuatu yang di luar kebiasaan mereka.

2. Raya And the Last Dragon

Filem terbaharu Disney ini mengangkat Raya, sebagai pahlawan wanita. (Gambar Disney)

Memaparkan dunia fantasi manusia dan naga di satu tempat dinamakan sebagai Kumandra, Raya adalah watak pahlawan wanita terbaru Disney.

Raya yang cuba mencari naga legenda terakhir, berdepan pelbagai situasi untuk menyelamatkan dunia supaya lebih aman.

Menggunakan suara pelakon termasuk Kelly Marie Tran dan Awkwafina, filem ini menggunakan kesan visual dan cinematografi yang mengagumkan.

3. Frozen

Kisah dua puteri mengharungi kehidupan dalam percintaan dan hubungan keluarga. (Gambar Wikipedia)

Puteri Elsa dan Anna adalah dua watak animasi paling berpengaruh dan mempunyai kelemahan diri masing-masing.

Kisahnya adalah mengenai puteri ini yang melalui pelbagai situasi mencabar dalam kehidupan mereka.

Lebih penting, Frozen membawa penonton menghayati kisah cinta dan hubungan antara dua beradik ini.

4. The Breadwinner

Sebuah kisah penyamaran dan keberanian kanak-kanak perempuan untuk menyelamatkan bapanya. (Gambar Facebook)

Filem yang tercalon dalam Anugerah Oscar 2017, The Breadwinner di membabitkan kisah seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun di Afghanistan.

Parvana memikul beban dan tanggungjawab besar untuk menyara keluarga ketika bapanya ditahan oleh Taliban.

Dia menyamar sebagai kanak-kanak lelaki dan melakukan cubaan yang bahaya untuk mencari dan membawa bapanya pulang ke rumah. Filem ini boleh ditonton di Netflix.

5. Moana

Satu lagi kisah keberanian wanita dalam menyelamatkan suku kaumnya. (Gambar Wikipedia)

Moana adalah anak kepada ketua suku kaum mereka yang bapanya berkata dia ditakdirkan untuk mengambil alih peranan itu.

Namun, sejak kecil lagi, Moana tertarik kepada lautan dan biarpun sedar ada bahaya mendatang, dia tetap meneruskan pencarian dewi pulau untuk menyelamatkan suku kaum mereka.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.