
Begitu juga dengan kemunculan Tahun Lembu, masyarakat mengharapkan yang terbaik, dijauhi dari wabak yang sedang melanda dunia ini dan memberi kemakmuran serta kesihatan yang lebih baik kepada semua.
Tidak kurang juga yang mendoakan kesejahteraan bersama jiran tetangga.
Walaupun sambutan perayaan ini tidak dapat disambut meriah, namun penduduk di taman Ambang Botanic cuba menzahirkan keceriaannya.
Bagi mereka kegembiraan sambutan boleh dicetuskan dengan pelbagai cara.

Ambang Botanic, sebuah kawasan kejiranan yang biasanya tenang, damai kini diterangi dengan hiasan berwarna-warni.
Dimulakan dengan hiasan Dewa Kemakmuran masyarakat Cina hingga gazebo yang dihiasi dengan tanglung dan patung lembu emas ceria.
Jalan menuju ke pondok pengawal keselamatan juga diterangi lampu berwarna-warni, dililit dan digantung pada pokok.

Sememangnya, apabila memandu ke kawasan kejiranan itu, tergambar suasana Tahun Baru Cina yang memberi keceriaan kepada penduduk di situ, mungkin kerana itulah hiasan tersebut dibuat lebih awal dulu.
Ketika dihubungi oleh FMT, Jeffrey Low, ahli jawatan kuasa Ambang Botanic, mengatakan bahawa penduduk di situ telah membuat hiasan tersebut sejak enam tahun lalu lagi.

Namun, kerana tahun sebelumnya merupakan tahun yang sangat mencabar bagi semua, dia dan beberapa penduduk lain memutuskan untuk berusaha lebih giat bagi menaikkan semangat semua orang.
Menurutnya, projek tersebut adalah inisiatif sekumpulan kecil penduduk yang menggunakan masa dan tenaga mereka untuk menghias taman tersebut.
“Seluruh projek diketuai oleh Steven Lim dan Lim Chai Huat,” kata Law.
“Kami mengambil masa sekitar satu bulan untuk menyiapkannya, dan bekerja rapat dengan kontraktor untuk memastikan kerja-kerja hiasan dijalankan dengan sempurna.

Memandangkan kita terpaksa meraikan perayaan kali ini di rumah sahaja, diharap hiasan tersebut dapat menceriakan kesuraman penduduk.
Jadi, jika anda kebetulan berada di kawasan itu dan memerlukan sesuatu untuk menunaikan harapan anda, bersiarlah di kawasan sekitar dan yakinlah bahawa masih banyak kegembiraan menanti di tahun mendatang.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]