Bekas pesakit Covid-19 di Malaysia kongsi kisah mereka di Facebook

Bekas pesakit Covid-19 di Malaysia kongsi kisah mereka di Facebook

Facebook ini adalah untuk membantu pesakit berkongsi cerita mereka dan memberi inspirasi kepada pesakit lain yang juga sedang berjuang.

Dari kiri: Norzat, Malar, Nur Fadhilah dan Hilyah – pentadbir dan pengasas kumpulan Facebook yang dipanggil ‘Covid-19 Malaysia Stories’. (Gambar Malar)
PETALING JAYA:
Setiap minit ada saja cerita baru disiarkan di Facebook ‘Covid-19 Malaysia Stories’.

Ada yang meminta mendoakan untuk ahli keluarganya yang baru sahaja disahkan positif Covid-19.

Ada juga yang menulis, mengatakan dia baru saja kehilangan ahli keluarga yang dijangkiti virus ini.

Sementara itu, ramai juga yang bertanyakan adakah mereka juga dijangkiti dengan gejala yang sedang mereka hadapi sekarang?

Walaupun terdapat pelbagai catatan yang menyedihkan, dan kisah tersebut mendapat ratusan respon dan komen, ia bukti rakyat Malaysia sentiasa memberi sokongan antara satu sama lain.

Malah, kumpulan ini memastikan tiada siapa pun akan bersendirian dalam melawan wabak ini.

Inilah yang diharapkan oleh pasukan pentadbir kumpulan Facebook ‘Covid-19 Malaysian Stories’ – sistem sokongan dalam talian yang terbesar bagi membantu pesakit untuk berkongsi cerita mereka dan memberi inspirasi kepada pesakit lain yang juga sedang berjuang.

Kumpulan Facebook ‘Covid-19 Malaysian Stories’ kini mempunyai 3,700 ahli. (Gambar Facebook)

“Kumpulan Facebook ini sejujurnya hanyalah idea di antara rakan-rakan,” ujar Malar Santhi Santherasegapan, seorang doktor bilik kecemasan (ER) di Columbia Asia Hospital di Cheras yang juga merupakan salah seorang pengasas kumpulan itu.

Idea ini muncul ketika salah seorang rakannya, Norzat, berbicara mengenai akaun Twitter di AS yang dikenali sebagai ‘Faces of Covid’ yang menyiarkan kisah-kisah kematian akibat Covid-19.

“Ia kemudian memberikan idea untuk membuat Facebook yang dikhaskan untuk mangsa-mangsa Covid-19 yang terselamat dan untuk mereka berkongsi kisah mereka,” kata Dr Malar yang menambah bahawa doktor sememangnya agak terhad untuk berkongsi kisah pesakit mereka, dan media sosial ini berbeza bagi pesakit yang tidak terhad kepada batas undang-undang.

Rakan sekerjanya, Dr Hilyah, kemudian segera bertindak dan membuat kumpulan di Facebook.

Mereka mengambil masa 48 jam untuk menyelesaikan peraturan yang diperlukan sebelum membukanya kepada umum.

Walau bagaimanapun, mereka berhati-hati agar tidak mendedahkan identiti pesakit Covid-19, tetapi pentadbir media sosial ini yang terdiri daripada rakan dan doktor itu mempunyai misi iaitu mendidik rakyat Malaysia mengenai virus serta bahaya dan komplikasinya.

Malangnya, terdapat ahli teori konspirasi dan pengguna media sosial yang tidak bertanggunjawab terus melabelkan mereka sebagai ‘Doktor Cerpen’ dan menuduh mereka menyebarkan maklumat dan cerita palsu.

Ada yang menganggap mereka menyiarkan berita palsu mengenai bahaya Covid-19. (Gambar Rawpixel)

Tetapi kemudian keadaan menjadi berbeza apabila pesakit sendiri berkongsi cerita mereka.

Menurut Dr Malar, pesakit membincangkan pelbagai topik berkaitan Covid-19 dan ini mendorong orang lain untuk berkongsi kisah bagaimana mereka terselamat dari jangkitan, sistem sokongan dan cabaran yang harus mereka atasi.

Ahli kumpulan menceritakan kisah nyawa yang hilang kerana Covid-19 juga menimbulkan lebih banyak kesedaran – terutamanya kepada mereka yang mempercayai tentang penyakit ini.

“Saya secara peribadi berfikir ketika pesakit sendiri menceritakan kisah mereka, orang yang tidak mempercayai tentang wabak ini sendiri tidak dapat memberi komen tentang bagaimana virus itu palsu seperti yang dikatakan.

“Orang ramai lebih sensitif apabila cerita itu dikongsi sendiri oleh mangsa berbanding orang lain,” kata Dr Malar.

Dia juga percaya kumpulan ini datang pada waktu yang tepat kerana kerajaan Malaysia baru-baru ini telah mengumumkan bahawa pesakit kategori satu dan dua Covid-19 akan menjalani kuarantin di rumah.

Ini menimbulkan banyak ketidakpastian dan kekeliruan yang cuba dihapuskan oleh pengguna dengan mengambil bahagian dalam perbincangan kumpulan.

“Pesakit juga berkongsi cerita dan gambar perjuangan mereka dan meminta sokongan serta doa yang sangat-sangat diperlukan dari ahli kumpulan lain,” katanya.

Sekiranya ada merasa cemas dengan Covid-19, kumpulan ini dapat membantu mengurangkan kebimbangan anda (Gambar Freepik)

Pada masa ini terdapat lebih dari 3,700 ahli kumpulan ini dan ‘Covid-19 Malaysia Stories’ berharap lebih ramai pekerja kesihatan akan memberi sokongan kepada pesakit.

Bagaimanapun, tujuannya adalah agar kumpulan ini dapat terus berkembang dan menjangkaui mangsa Covid-19 yang lain di Malaysia.

Dr Malar memahami bahawa orang takut dan itu adalah perkara yang mengerikan kerana ketakutan terhadap perkara yang tidak diketahui akan membuat mereka lebih terdedah.

Tetapi dia menasihatkan agar orang ramai “tidak terus tenggelam dalam hal yang tidak diketahui, sebaliknya mencari kebenaran dari sumber yang boleh dipercayai.”

“Covid-19 Malaysia Stories menawarkan anda platform, di mana anda dapat membaca cerita sebenar dari pesakit itu sendiri,” katanya.

Mencari sistem sokongan pada masa-masa sukar ini? Dapatkan jawapan dengan menyertai kumpulan Covid-19 Malaysia Stories di Facebook hari ini.

Adakah anda sedang mencari sistem sokongan? Dapatkan keselesaan dan jawapan yang tepat dengan menyertai kumpulan Covid-19 Malaysian Stories di Facebook hari ini.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.