Panduan Ulangkaji SPM 2021 kini dalam talian

Panduan Ulangkaji SPM 2021 kini dalam talian

Panduan ulangkaji akhir ini adalah untuk membantu calon-calon SPM membuat persiapan bagi menghadapi peperiksaan penting mereka.

Panduan Ulangkaji SPM 2021 oleh Afterschool.my telah dikeluarkan dalam talian untuk semua pelajar Tingkatan Lima yang akan menduduki peperiksaan pada Februari tahun ini. (Gambar Afterschool.my)

Tidak pernah terfikir oleh ramai pelajar bahawa hidup mereka kini akan lebih banyak dihabiskan dengan pembelajaran dalam talian.

Segalanya bermula tahun lalu, apabila pandemik Covid-19 melanda dan cara pembelajaran pelajar-pelajar di Malaysia telah berubah. Hingga tahun ini mereka harus terus menyesuaikan diri dengan situasi ini tanpa tahu bila ia akan berakhir.

Sememangnya ia mengganggu sistem pembelajaran dan memberi kesan buruk kepada 400,445 calon SPM bagi tahun 2020.

Ia merangkumi calon dari 15-20% sekolah menengah yang hingga kini belum lagi menyelesaikan peperiksaan percubaan atau menghadiri kelas ulangkaji fizikal yang penting.

Peperiksaan SPM 2020 akan diadakan pada 22 Februari 2021 setelah ditangguhkan dua kali – pertama dari 16 Nov 2020 dan kemudian dari 6 Jan 2021.

Pertukaran ini telah mengganggu jadual pengajaran dan menyebabkan ramai pelajar merasa cemas dan tidak bersedia untuk menduduki sebarang kertas.

Afterschool.my laman web pendidikan tinggi nombor satu Malaysia memahami keadaan calon-calon SPM sekarang dan telah mengeluarkan Panduan Ulangkaji SPM 2021.

Ia merupakan panduan ulangkaji akhir untuk calon-calon SPM dalam membantu mereka membuat persiapan untuk menghadapi peperiksaan penting mereka.

Ini adalah tahun ke 12 Afterschool.my menerbitkan Panduan Ulangkaji SPM dan benar-benar yakin akan keberkesanannya dalam membantu calon-calon SPM dalam menghadapi peperiksaan akhir mereka sebelum memulakan fasa seterusnya dalam pendidikan mereka iaitu ke kolej.

Setiap tahun, 20,000 salinan panduan telah diedarkan secara percuma di sekolah terpilih dengan versi dalam talian untuk pelajar.

Namun, kerana wabak Covid-19, Afterschool.my telah memutuskan untuk melancarkan Panduan Ulangkaji SPM 2021 sepenuhnya dalam talian untuk pertama kalinya.

Hampir 300,000 salinan e-book telah dimuat turun dan 250,000 salinan cetakan telah diedarkan sepanjang tahun, membuktikan betapa bermanfaatnya panduan ini kepada calon SPM setiap tahun.

Afterschool.my adalah destinasi dalam talian di Malaysia untuk lepasan sekolah yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Oleh itu, Afterschool.my percaya bahawa adalah sebahagian daripada tanggungjawab mereka untuk memastikan para pelajar diberi semua kemudahan yang mereka perlukan untuk lulus cemerlang dalam peperiksaan SPM.

Disediakan oleh guru-guru berpengalaman, ada yang lebih dari 20 tahun mengajar, e-book ini mengandungi model dan analisis soalan tahun lalu untuk membantu pelajar merancang pelajaran mereka dengan cekap.

Norma Razak, editor di Afterschool.my mengatakan, “Peperiksaan SPM merupakan cabaran terbesar bagi pelajar tingkatan Lima dan tahun lalu adalah tahun yang sukar bagi mereka. Kami mempunyai banyak calon SPM yang menyatakan kekecewaan dan kegusaran mereka untuk menghadapi peperiksaan ini.

“Panduan Ulangkaji SPM selalu menjadi salah satu projek utama kami di Afterschool.my dan isu terbarunya tidak berbeza,” katanya, menjelaskan bahawa ia disusun oleh pasukan yang sangat berdedikasi dibimbing oleh guru-guru yang bersemangat dan semuanya bertekad untuk membantu pelajar-pelajar lulus cemerlang.

“Oleh kerana wabak ini, kami tidak dapat bertemu pelajar secara bersemuka dan mengedarkan salinan cetakan ini di sekolah. Oleh itu, keputusan dibuat untuk memasukkan panduan tersebut sepenuhnya dalam talian.

“Dengan panduan ini, calon SPM harus merasa lebih yakin untuk menunjukkan prestasi yang baik dalam peperiksaan mereka,” akhirinya.

Untuk mengetahui lebih lanjut, layari Afterschool.my

Afterschool.my menawarkan maklumat mengenai pendidikan tinggi termasuk kursus , institusi, biasiswa, kerjaya dan juga topik berkaitan pendidikan tinggi lain di Malaysia.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.