Jual tanglung secara ‘live’

Jual tanglung secara ‘live’

Tanglung sentiasa menjadi tarikan bagi rakyat Malaysia dan warga asing di restoran itu menjelang festival kuih bulan.

Berbagai bentuk tanglung kaca berwarna-warni digantung dalam restoran untuk dijual. (Gambar Bernama)
GEORGE TOWN:
Pandemik COVID-19 yang melanda dunia ternyata memberi kesan khususnya kepada perniagaan, justeru sebuah kedai di Pulau Pinang menggunakan kaedah baharu untuk memastikan perniagaannya terus bertahan.

Pengasas Kumpulan Maxim, Pang Khek Seng berkata beliau menganjurkan sesi siaran langsung atau ‘live’ menerusi laman media sosial untuk mempromosikan tanglung tradisional yang dijualnya bersempena dengan festival kuih bulan pada 1 Oktober lalu.

Menurut, Pang Khek Seng yang juga pemilik restoran di situ berkata, dahulu jualan tanglung di kedainya menguntungkan namun sejak pandemik COVID-19 melanda, perniagaannya merundum sehingga 45%.

“Di sini saya gantung lebih kurang 2,000 tanglung. Bila ibubapa datang bersama anak-anak, mereka boleh bercerita tentang kisah-kisah tanglung kepada anak-anak mereka,” jelas usahawan ini.

Tanglung sentiasa menjadi tarikan bagi rakyat Malaysia dan warga asing di restoran itu menjelang festival kuih bulan.

Tinjauan di restoran yang terletak di Lebuh Cintra itu mendapati lebih 2,000 tanglung kertas kaca berwarna-warni digantung dalam premis itu untuk dijual pada harga di antara RM12 hingga RM45 setiap satu.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.