
Tokong berusia 130 tahun itu menjadi tempat seindah kayangan apabila disimbah cahaya lampu tanglung bergemerlapan di samping percikan bunga api di ruang udaranya.
Setiap tahun, beratus-ratus orang akan berkumpul di sekitar tokong untuk menyaksikan upacara itu.
Tetapi pada tahun ini upacara pencahayaan diteruskan pada Ahad, menerusi siaran langsung dalam talian kerana orang ramai tidak dibenarkan berkumpul di tokong bagi mengikut prosedur operasi standard (SOP) semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Lebih 10,000 tanglung tradisional Cina, ribuan lampu neon dan LED dipasang di tokong Buddha yang terbesar di Asia Tenggara ini sebagai menyambut ketibaan Tahun Lembu pada 12 Februari ini.
Semua lampu akan dinyalakan sehingga 11 Mac untuk tontonan ramai.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]