Perang Covid-19 bermula, 48 ribu anggota polis diarah bertugas, cuti tahunan dibekukan serta merta

Perang Covid-19 bermula, 48 ribu anggota polis diarah bertugas, cuti tahunan dibekukan serta merta

Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berkata arahan itu dikeluarkan untuk menjamin kekuatan maksimum Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menguatkuasakan PKP dan memantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

Suka atau tidak, hari ini rakyat Malaysia perlu menghadapi perintah kawalan pergerakan (PKP) sekali lagi.

Bahana pandemik Covid-19 terus mengganas, suka atau tidak, hari ini rakyat dan penduduk Malaysia perlu menghadapi perintah kawalan pergerakan (PKP) sekali lagi, maka sejak jam 12 malam tadi, sekatan dan pemeriksaan pihak keselamatan sudah mulai dilakukan.

Jika kita sendiri terasa peritnya PKP, apatah lagi para petugas barisan hadapan yang perlu menjalankan tanggungjawab merawat dan menjaga keselamatan penduduk dalam usaha membendung Covid-19.

Polis terpaksa beku cuti tahunan, demi negara

Menerusi laporan di Bernama, difahamkan seramai 48,000 pegawai, anggota polis akan bertugas dalam tempoh PKP, malah cuti anggota keselamatan dibekukan serta-merta berikutan kenaikan kes Covid-19.

Kenyataan itu juga dimaklumkan oleh Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berkata arahan itu dikeluarkan untuk menjamin kekuatan maksimum Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menguatkuasakan PKP dan memantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

‘Berperang’ sekali lagi banteras Covid-19

Lelah menangani PKP pada tahun 2020 masih belum habis, kini disambung pula ke tahun 2021 sudah pasti ramai para anggota mula terkesan. Mana tidaknya, mereka perlu mengorbankan cuti dan masa bersama keluarga untuk keluar sekali lagi ‘berperang’ dengan Covid-19.

Mungkin ramai yang mengatakan, itu sudah menjadi tanggungjawab dan mereka tiada pilihan selain akur dengan arahan, akan tetapi tidakkah ada sekelumit rasa simpati dalam masyarakat kita tatkala melihat para anggota berhujan dan berpanas malah terdedah risiko jangkitan dalam melaksanakan tugas mereka.

Jika sebelum ini kita pernah berjaya melandaikan lengkuk kes jangkitan Covid-19, tidak mustahil Malaysia mampu sekali lagi untuk menang. Justeru itu, teruslah patuh dengan “standard operating procedure” (SOP) dan sama-sama kita berjuang melawan Covid-19.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.