Bila ke Kota Bharu, jangan lupa singgah di 5 tempat ini

Bila ke Kota Bharu, jangan lupa singgah di 5 tempat ini

Kota Bharu adalah sebuah bandar yang mempunyai pelbagai tarikan dari aktiviti berjual-beli, makanan hinggalah ke bandar warisan. Semua ini mesti anda kunjungi apabila berada di sini.

Gerai-gerai makanan yang menjual makanan tempatan adalah salah satu tarikan di Pantai Cahaya Bulan, ‘tepung celup’ antara yang mesti dicuba. (Gambar Kaki Jalans)

Kelantan, boleh dikatakan sebagai pusat bandar Melayu dan Kota Bharu adalah sebuah bandar yang mempunyai pelbagai tarikan dari aktiviti berjual-beli, makanan hinggalah ke bandar warisan. Semua ini mesti anda kunjungi apabila berada di sini.

Lihat lima tempat berikut sebelum memulakan perjalanan anda.

1. Tenang di Pantai Cahaya Bulan

PCB adalah pantai paling terkenal di Kota Bharu. (Gambar Pinterest)

Pantai Cahaya Bulan (PCB) adalah pantai rekreasi yang paling terkenal di Kota Bharu. Dahulunya disebut Pantai Cinta Berahi sebelum ditukar menjadi Pantai Cahaya Bulan.

Terdapat deretan gerai makanan yang menjual pelbagai jenis makanan tempatan. Layang-layang adalah hobi yang popular di sini semasa bersantai sambil menyaksikan matahari terbenam.

2. Makan ‘tepung celup’ dan makanan enak lain

Semasa di Pantai Cahaya Bulan, anda boleh mencari pelbagai makanan laut yang terdapat di gerai berhampiran pantai.

Yang paling terkenal ialah ‘tepung celup’ – makanan laut, bebola ikan dan sosej yang digoreng dalam adunan tempura.

Mi ketam dan tom yam juga antara pilihan makanan enak yang mesti anda cuba. Tetapi perlu diingat, oleh kerana di sini adalah tempat pelancongan, maka harga makanannya juga agak tinggi.

3. Cenderahati dari kaftan batik

Kaftan yang indah, cenderahati terbaik dari Kota Bharu. (Gambar Kaki Jalans)

Sebagai pusat budaya dan tradisi Melayu, Kota Bharu turut berkembang maju dengan hasil seni dan warisannya.

Masyarakat Kelantan memang terkenal dengan lukisan batik mereka dan sememangnya cenderahati terbaik adalah kaftan yang cantik dipakai atau dijadikan hadiah.

Harga antara RM10 hingga ratusan ringgit, bergantung kepada kualiti kain atau jenis kaftan dicetak atau dilukis dengan tangan.

4. Makan di Siam

‘Daging harimau menangis’ sebenarnya daging lembu yang dipanggang enak.(Gambar Kaki Jalans)

Dengan Perintah Pergerakan Pemulihan yang sedang dilaksanakan, melintasi sempadan ke Thailand semestinya tidak boleh dilakukan.

Tetapi anda boleh sahaja memenuhi keinginan menikmati makanan Thai dengan menuju ke Siam. Makanannya luar biasa dan rasanya seperti berada di Thailand.

Salah satu hidangan yang menarik ialah ‘daging harimau menangis’. Ia merupakan daging lembu panggang yang disajikan dengan sos panas atau cuba sosej buatan sendiri.

Sosej buatan sendiri yang patut dicuba. (Gambar Kaki Jalans)

5. Pusat beli-belah di Pasar Siti Khadijah

Pelbagai makanan ringan dan tempatan terdapat di Pasar Siti Khadijah. (Gambar Kaki Jalans)

Bagi mereka yang ‘kaki beli-belah’, Pasar Siti Khadijah adalah tempat yang harus dikunjungi.

Seperti syurga beli-belah, semuanya ada di sini. Dari makanan ringan tempatan, baju, batik, kain dan semua yang anda inginkan di Kelantan, ada di sini.

Apa yang menarik di sini, hampir semua penjualnya adalah wanita.

Kunjungan ke Kota Bharu sememangnya tidak lengkap jika tidak ke Pasar Siti Khadijah.

Sebilangan besar penjual di Pasar Siti Khadijah adalah wanita. (Gambar Kaki Jalans)

Khai dan isterinya Amira adalah “travel blogger” Malaysia dengan blog Kaki Jalans. Perjalanan percutian mereka telah membawa mereka ke hampir serata negara di Asia dan lima negara di Eropah. Mereka masih lagi aktif berkembara.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.